Perpindahan Guru: Cikgu Sazarinah Ke KV Beaufort

Sazarinah Lapisik
Cikgu Sazarinah Binti Lapisik bertukar angin ke Kolej Vokasional Beaufort setelah permohonan untuk bertukar diluluskan melalui surat bertarikh 05 Jun 2015, berkuatkuasa 14 Jun 2015.

Masih bujang dan berusia 27 tahun, permohonan pertukaran ini adalah atas dasar suka sama suka dengan guru yang bakal menggantikan tempat Cikgu Sazarinah iaitu Cikgu Kusmawatie Binti Dahan yang berasal dari Tawau.

Cikgu Sazarinah yang berasal dari Daerah Ranau, mesra dipanggil Nana dikalangan rakan sekerja. Cikgu Nana merupakan guru Bahasa Melayu dan mula bertugas di Kolej Vokasional Tawau pada 11 Mac 2013 sebagai guru Interim. Setelah diserap masuk ke dalam jawatan tetap pada tahun berikutnya, Cikgu Nana meneruskan tugas dengan lebih komited dan berdedikasi.

Selama lebih kurang 2 tahun 3 bulan berada di Kolej Vokasional Tawau, Cikgu Nana bergerak aktif dibawah Persatuan Pengakap dan terlibat dalam penghantaran bantuan kepada mangsa kebakaran di Tanjung Batu Laut pada tahun lepas dan turut menyertai CAMPOREE Tawau Kali Ke-5 pada bulan Mac yang lalu. Selain itu, Cikgu Nana juga bertugas dengan cemerlang dibawah Unit Penilaian, Jabatan Penilaian dan Pentaksiran (JPP).


Gambar semasa hari pertama bertugas di Kolej Vokasional Tawau pada 11 Mac 2013, Cikgu Sazarinah (dua dari kiri) bersama Cikgu Mardiah (kiri), Cikgu Refah (dua dari kanan) dan Cikgu Sharliza (kanan) | Foto oleh Carlos George
Gambar kenangan Cikgu Sazarinah (bertudung ungu) bersama barisan pelajar MPP dan PRS semasa lawatan rombongan pelajar dan guru dari SMK Kalabakan | Foto oleh Carlos George

Cikgu Nana yang telah diberikan peluang untuk berucap dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Kolej semalam, merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakan sekerja terutamanya Ketua Jabatan Umum dan Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran yang banyak memberikan peluang, pendedahan dan tunjuk ajar selama berkhidmat disini.


Cikgu Sazarinah semasa memberikan ucapan dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Kolej semalam... | Foto oleh Carlos George

Walaupun nada ucapan bersulam rasa sebak, Cikgu Nana turut menyampaikan nasihat untuk semua pelajar yang disayangi, "Tugasan Jangan Tertangguh, Walaupun Pahit, Ianya akan memberikan kebaikan dikemudian hari.."..

Semoga Cikgu Sazarinah meneruskan kecemerlangan di tempat yang baru dan dipermudahkan segala urusan...

Kepada yang ingin menghubungi Cikgu Sazarinah melalui facebook, sila klik https://www.facebook.com/nana.sazarinah?fref=ts.

Update 3 Julai 2015:
Gambar semasa thumbprint terakhir di Kolej Vokasional Tawau - 2 Julai 2015.