Pelajar Perlu Kekal Fokus Untuk Teruskan Pengajian...

Izzat Mubarak Bin Adris, Pelajar Pra Diploma Tahun 2, Program Teknologi Kimpalan menunjukkan Transkrip Keputusan yang telah diterima. Izzat mencatatkan keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.35 dan merupakan penerima pingat Gangsa dalam acara Tinju Kategori 56 kg dalam Sukan Sabah baru-baru ini...

Semua pelajar Pra Diploma dan Program Diploma Tahun 1 menerima transkrip keputusan semester yang lepas, hari ini, di Dewan Tun Ahmad Shah.

Proses penyerahan transkrip yang dikendalikan oleh semua koordinator program selesai dalam keadaan yang teratur tetapi masih terdapat transkrip yang belum diambil memandangkan ada pelajar yang tidak hadir.

Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran, Cikgu Darawati (kiri) bersama pembantu semasa memberikan taklimat pagi tadi...
Selepas proses penyerahan transkrip, Ketua Jabatan Pentaksiran dan Penilaian, Cikgu Darawati Pataruddin mengambil peluang memberikan taklimat untuk menarik perhatian pelajar terhadap beberapa perkara yang perlu diutamakan supaya kekal pada status "DIBENARKAN MENERUSKAN PENGAJIAN".

Suasana dalam dewan semasa taklimat berlangsung...