Cikgu Asnawi Sertai Warga KV Tawau

Asnawi Ramlee
Cikgu Asnawi Bin Ramlee sertai warga pendidik Kolej Vokasional Tawau bermula 8 Julai 2015 setelah mendapat kelulusan untuk berpindah dari Kolej Vokasional Sandakan. Surat perpindahan berkuatkuasa 22 Jun 2015, namun kelewatan surat menyebabkan Cikgu Asnawi menangguhkan perpindahan sehingga Rabu lepas.

Cikgu Asnawi yang berusia 31 tahun mula berkhidmat pada 1 November 2008 dan mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani.

Cikgu Asnawi tinggal di kawasan Batu 3, Tawau dan telahpun mendirikan rumahtangga serta dikurniakan dua cahayamata.

Cikgu Asnawi juga merupakan jurulatih pasukan Sofbal Kolej Vokasional Sandakan.

Aktiviti hari pertama Cikgu Asnawi di KV Tawau ialah menyertai Majlis Penutupan Ihya Ramadhan di Dewan Tun Ahmad Shah... 

Selamat menjalankan tugas di Kolej Vokasional Tawau!!!...