Majlis Perasmian Penutupan Ihya' Ramadhan 2015/1436H

Banner Program 3 dalam 1 anjuran Jawatankuasa Penghayatan Islam Dan Nilai-nilai Murni (JAPINM) Kolej Vokasional Tawau

Majlis Perasmian Penutupan Ihya' Ramadhan pada tahun ini digandingkan dengan dua lagi program iaitu Tadarus Perdana dan Majlis Khatam Al-Quran.

Penyelaras, Ustaz Mohd Ridzuan Shah Bin Yahya bersama ahli jawatankuasa pelaksana telah menjalankan tugas dengan cukup baik dan turut menjemput wakil dari sekolah angkat Kolej Vokasional Tawau, SK Melati, Tawau untuk sama-sama menjayakan program ini.

Wakil dari SK Melati, Cikgu Surianto Bin Wilhelmus yang merupakan Guru Penolong Kanan Kokurikulum membawa bersama lima orang pelajar yang terdiri daripada dua orang pelajar lelaki dan tiga orang pelajar perempuan.

Kumpulan guru-guru lelaki semasa program Tadarus Perdana berlangsung | Foto oleh Carlos George
Kumpulan guru-guru perempuan yang turt menjayakan program ini | Foto oleh Carlos George
Pelajar perempuan dari SK Melati yang duduk bersama kumpulan guru-guru perempuan | Foto oleh Carlos George

Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Bin Mansur yang turut berkongsi tentang keistimewaan bulan Ramadhan dan mempromosikan matapelajaran Bahasa Arab dalam ucapannya. 


TPA, Encik Azman sempat mempromosikan Kursus Bahasa Arab yang kini sedang diambil oleh Program Diploma Tahun 1 | Foto oleh Carlos George

Selepas ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan program Tadarus Perdana yang dibuat mengikut pembahagian juzuk-juzuk Al-Quran kepada kumpulan-kumpulan tertentu.


Wajah-wajah guru dan pelajar semasa program Tadarus Perdana berlangsung | Foto oleh Carlos George
Selepas program Tadarus Perdana, program Khatam Al-Quran menyusul dengan menampilkan 20 orang peserta yang terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki Kolej Vokasional Tawau bersama lima pelajar SK Melati. Setiap peserta menerima sijil penghargaan dan cenderahati berupa senaskah Al-Quran.

Para peserta program Khatam Al-Quran | Foto oleh Naizuwan Hashim
Gambar kenangan para peserta Khatam Al-Quran bersama TPA, Encik Azman, Encik Surianto dan jawatankuasa pelaksana program | Foto oleh Naizuwan Hashim

Kemudian, majlis diteruskan dengan Persembahan Bacaan Bertarannum oleh tetamu jemputan dari SM Islamiah, Tawau, Adik Mohd Syafiq.

Tetamu jemputan khas untuk Bacaan Bertarannum, Mohd Syafiq dari SM Islamiah, Tawau | Foto oleh Naizuwan Hashim

Selesai persembahan bertarannum, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan TPA, Encik Azman Bin Mansur untuk menyempurnakan penyampaian hadiah untuk para pemenang pertandingan Tadarus Al-Quran yang telah dimenangi oleh Pelajar Aspura Bilik 10 dan Pelajar Aspuri Bilik 2.


Tahniah... Wakil Pelajar Aspura Bilik 10, Mohd Hazwan Tachong yang memenangi pertandigan Tadarus Al-Quran | Foto oleh Naizuwan Hashim
Penyerahan wang zakat kepada pelajar | Foto oleh Naizuwan Hashim

Selepas itu, Encik Azman turut menyerahkan wang zakat kepada 11 orang pelajar KV Tawau, antaranya Ehzan Bin Wisma dan Izzat Bin Jupri.

Untuk makluman, hanya pelajar Pra Diploma Tahun 1 dan 2 sahaja yang terlibat dalam program ini.


Terima kasih kepada Penyelaras Program, Encik Ridzuan Shah Bin Yahya kerana memberikan maklumat untuk entri ini.