Kursus PAKK Terima Guru Ganti

Rabia Binti Jumain bersama
salah seorang kanak-kanak
di Pusat Jagaan PAKK,
Kolej Vokasional Tawau
Kursus Perkhidmatan Asuhan Kanak-Kanak (PAKK) menerima seorang guru ganti hari ini. Guru ganti yang dimaksudkan ialah Cik Rabia Binti Jumain, yang akan menggantikan Cikgu Yushasmaniza Binti Yunus yang sedang bercuti (bersalin bayi perempuan) sehingga pertengahan bulan September.

Cik Rabia berasal dari Pasir Putih, Tawau dan berkelulusan Diploma Early Childhood Education dari UNITAR (2013). 

Dia juga merupakan bekas pelajar kolej ini (yang masa itu masih dikenali dengan nama SM Teknik Tawau) pada tahun 2007-08 dibawah kursus AKK.

Menurut Ketua Bengkel PAKK, Cikgu Shim Kui Ling, Cik Rabia akan mengajar matapelajaran PAKK dibawah kod 204, 404 dan 604.