Enam Peserta Terbaik Jadi Sandaran Unit Bahasa Inggeris

Dari kiri: Ho Kien Yuen, Mohd Adam Bin Osman, Nurul Athirah Binti Rudin, Fadilah Harun dan Nur Ayuni Shafiqah Binti Bacho. Nurul Athirah tidak berjaya ke peringkat seterusnya kerana hanya mampu menduduki tempat ketiga dalam Pertandingan Public Speaking | Foto oleh Carlos George

Enam peserta terbaik menempah tempat ke Pertandingan Akhir MBM/MBI Peringkat Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan apabila berjaya menjadi johan dan naib johan dalam Pertandingan MBM/MBI peringkat dalaman anjuran Unit Bahasa Inggeris.

Dalam pertandingan peringkat dalaman ini, seramai 57 orang peserta telah bersaing dalam kategori masing-masing namun hanya yang terbaik muncul sebagai juara.

Pertandingan-pertandingan ini telah mengambil tempat di Pusat Sumber (SCRABBLE), BMG1 (Spelling Bee) dan Bilik Audio Visual (Public Speaking dan Kuiz Bertulis).


Cikgu Syed Abdul Rahman memerhatikan perlawanan pusingan akhir pertandingan Scrabble peringkat dalaman di Pusat Sumber Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George
Nur Ayuni Shafiqah (tengah) menunggu giliran untuk meletakkan huruf ke papan Scrabble | Foto oleh Carlos George
Cikgu Marklin Muilin (duduk kiri) dan Cikgu Mohd Hisyam (duduk kanan) merupakan juri bagi pertandingan Public Speaking. Turut sama ialah Cikgu Roscalia Baduk (berdiri kiri) dan Cikgu Merlinda Jahpar (berdiri kanan) | Foto oleh Carlos George

Keenam-enam peserta yang telah memenangi pertandingan dalaman ini akan bertanding mengikut kategori masing-masing iaitu SCRABBLE, Spelling Bee, Public Speaking dan Kuiz Bertulis.


Shahniezam tidak berjaya...
Marklin memberikan komen
selepas pertandingan Public
Speaking berakhir
Peserta yang terlibat ialah:

Kategori SCRABBLE
Nur Ayuni Shafiqah Binti Bacho (1HBP)
Ho Kien Yuen (2KSK)

Kategori Spelling Bee
Mohd Sharil Bin Yoosnaini (2BAK)
Masyad Daurrahman B. Sambulan (2HSK)

Kategori Public Speaking
Mohd Adam Bin Osman (1KSK)
Fadilah Harun (2WTP)



Menurut Penyelaras Akademik Unit Bahasa Inggeris, Cikgu Syed Abdul Rahman, Pertandingan MBM/MBI yang pertama kali dijalankan ini akan berlangsung di Kolej Vokasional Keningau pada bulan Ogos nanti.

Turut dimaklumkan bahawa, Unit Bahasa Malaysia turut menghantar satu pasukan untuk Kategori Drama dalam pertandingan yang sama.

Cikgu Syed Abdul Rahman memberikan taklimat ringkas kepada para pemenang mengenai pertandingan yang bakal diadakan kelak | Foto oleh Carlos George