HOT WOK CATERING Tawarkan Perkhidmatan Tempahan Katering & Biskut Raya

Antara pelajar Program Diploma Seni Kulinari Tahun 1 yang mengagihkan bubur lambuk daging kepada guru-guru petang semalam | Foto oleh Carlos George

HOT WOK CATERING (HWC) ialah sebahagian daripada usaha pelajar Program Diploma Seni Kulinari (HSK) Tahun 1 dalam mengumpulkan dana untuk projek Production Based Education (PBE) mereka.

Promosi dari HOT WOK CATERING di papan kenyataan Pejabat Am

Memulakan promosi bulan Ramadhan pada 23 Jun lepas, HWC telah berjualan dihadapan kawasan Padang Bola Jaring, Jabatan Hospitaliti dan mendapat sambutan hangat dikalangan para pelajar.

Semalam, para pelajar yang menjayakan HWC mengagihkan bubur lambuk daging kepada guru-guru. Menurut Ketua Jabatan Hospitaliti, Puan Mariani Kisman, dana yang digunakan untuk bubur lambuk telah diusahakan oleh Cikgu Zulaiqha Binti Fadzli bersama para pelajar.

Bubur lambuk hasil tangan HWC Kolej Vokasional Tawau

Kepada yang berminat untuk menempah perkhidmatan Katering atau Biskut Raya, tempahan bolehlah diajukan kepada NUR FARA’AIN ABDULLAH (013-8556772) atau
NOR AIN AMIR (014-3795562).