Majlis Berbuka Puasa Flat KV Tawau

Masing-masing memilih makan pilihan hati | Foto oleh Carlos George

Majlis berbuka puasa Flat Kolej Vokasional (KV) Tawau berlangsung meriah pada hari Sabtu, 4 Julai 2015. Majlis yang berkonsepkan potluck ini turut dihadiri oleh rakan-rakan guru dari luar.

Persediaan untuk majlis ini bermula sekitar jam 4.00 petang dan antara menu yang menjadi perhatian ialah sup ayam, ikan bakar dan ketam steamboat.

Cikgu Ahmad Zulfadhli (kiri) dan Cikgu Muhammad (kanan), antara tukang bakar berhemah dalam majlis ini | Foto oleh Carlos George
Ikan Mata Besar atau lebih dikenali dengan nama Ikan Uji Rashid turut menjadi pilihan ikan bakar selain ikan kembung | Foto oleh Carlos George
Ketam steamboat antara menu menarik dalam majlis kali ini disediakan oleh Cikgu Muhammad Yamalang | Foto oleh Carlos George

Sebelum tiba masa untuk berbuka puasa, para wanita sibuk menghidangkan makanan sambil dibantu oleh anak-anak. 

Cikgu Mardhiah sibuk memilih sayap ayam bakar untuk dihidangkan | Foto oleh Carlos George
Makan beramai-ramai boleh menaikkan selera makan sambil berkongsi cerita | Foto oleh Carlos George
Majlis turut diserikan dengan kehadiran pengantin baru, Ustaz Mohd Kamarul bersama isteri yang bercuti di Tawau semasa hujung minggu. Isteri Kamarul bertugas di salah sebuah sekolah di Daerah Lahad Datu, Sabah | Foto oleh Carlos George

Pihak penganjur yang berpuashati dengan sambutan kali ini turut meluahkan keinginan untuk mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas cuti sekolah nanti.