Semarakkan Suasana Raya...

Antara hiasan Hari Raya yang tergantung sepanjang laluan dari Pejabat Am ke Pejabat HEM | Foto oleh Carlos George

Suasana Hari Raya makin terasa di Kolej Vokasional Tawau apabila hiasan Hari Raya sudah mula bergantungan sekitar kawasan blok pentadbiran, sejak semalam.

Hiasan ini adalah antara sumbangan peribadi Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy yang ingin menyemarakkan suasana perayaan seperti premis kerajaan dan pusat membeli-belah sekitar Daerah Tawau.

"Kita perlu semarakkan suasana perayaan, setiap kali ada perayaan yang besar. Kita sudah buat masa perayaan Tahun Baru Cina, kali ini kita buat untuk Hari Raya Aidilfitri", katanya semasa Taklimat Guru pada 19 Jun lalu.

Pengarah, Encik Rangiah menyerahkan hiasan Hari Raya Aidilfitri kepada Pengerusi KKRKVT, Encik Fadzilah Husin selepas memberikan maklumat dan info terkini kepada guru/pensyarah | Foto oleh Carlos George
Selamat Hari Raya Aidilfitri...