Sumbangan Bantuan Pelajaran Serudong Power Sdn Bhd

Ketua Unit Psikologi dan Kerjaya, Cikgu Nordayana Muhammad menerima cek sumbangan daripada Encik Jeff Fernandez, wakil Serudong Power Sdn Bhd | Foto oleh Nordayana Muhammad
 
Serudong Power Sdn Bhd yang beroperasi di Tawau-Serudong ICE Power Plant Malaysia dengan berbesar hati memberikan Sumbangan Bantuan Pelajaran dibawah Supplementary Educational Fund For Poor Students kepada 13 orang pelajar di Kolej Vokasional Tawau.

Sumbangan berbentuk cek disampaikan oleh wakil Serudong Power Sdn Bhd, Encik Jeff Fernandez pada 17 Jun 2015. Setiap pelajar menerima RM300.00.

Unit Psikologi dan Kerjaya (UPK) yang mengendalikan sumbangan ini telah membawa kesemua pelajar yang terlibat ke K-BOOK Store, Tawau pada 2 Julai 2015 untuk membelanjakan duit berkenaan secara berhemah.

Pelajar memilih bahan bacaan dan buku pelajaran di K Book Store Tawau | Foto oleh Nordayana Muhammad
Pelajar menunjukkan antara alat tulis yang menjadi pilihan untuk kegunaan harian | Foto oleh Nordayana Muhammad 
Pelajar Pra Diploma Kursus SISKOM Tahun 2, Hasriansya Haruna meguji dakwat pen diatas kertas semasa proses membeli barangan keperluan pelajaran berlangsung | Foto oleh Nordayana Muhammad

Terima kasih diucapkan kepada Serudong Power Sdn Bhd atas sumbangan yang telah diberikan.


Maklumat dan gambar disediakan oleh:
Nordayana Muhammad
Unit Psikologi dan Kerjaya