Selamat Bertugas Cikgu Kusmawatie!!!

Kusmawatie Binti Dahan
Cikgu Kusmawatie Binti Dahan yang diwar-warkan bertukar suka sama suka dengan Cikgu Sazarinah Lapisik, tiba di Kolej Vokasional Tawau hari ini.

Diperkenalkan kepada warga kolej oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Bin Mansur dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Kolej, Cikgu Kusmawatie merupakan seorang guru Bahasa Melayu dan bakal mengambilalih semua tugas dan jadual waktu Cikgu Sazarinah.

Cikgu Kusmawatie turut mengajar subjek Profesionalisme Pekerjaan untuk pelajar Semester 8.

Cikgu Kusmawatie berasal dari Pasir Putih, Tawau dan telah berkahwin lebih kurang 6 bulan yang lalu. 

Merujuk kepada sejarah perkhidmatannya, Cikgu Kusmawatie juga adalah salah seorang guru interim yang mula bertugas di Kolej Vokasional Beaufort pada 1 Mac 2013 dan menerima surat penempatan pada 1 Julai 2013.

Selamat bertugas!!