11 Pelajar Sertai ICAS Matematik 2015

Mohd Aimy dari Program Pra Diploma Tahun 2 Sistem Komputer dan Rangkaian kelihatan tekun menjawab soalan ICAS | Foto oleh Carlos George

ICAS atau International Competitions and Assessments For Schools adalah pertandingan yang dianjurkan oleh University of New South Wales (UNSW) Global Australia yang menilai kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam lima bidang iaitu Algebra dan Patterns, Peluang dan Data, Pengukuran dan Unit, Bilangan dan Aritmetik serta Ruang dan Geometri. (Rujuk laman web disini: https://www.eaa.unsw.edu.au/icas/subjects/mathematics).

Seramai 11 pelajar yang terdiri daripada lapan lelaki dan tiga perempuan dari pelbagai program menyertai pertandingan ini yang berlangsung semalam, di Bilik Makmal Sains 2, Kolej Vokasional Tawau.

Nofyanti Dewi, juga dari Program Pra Diploma Tahun 2 Sistem Komputer dan Rangkaian | Foto oleh Carlos George

Penyelaras, Cikgu Sariah Chole memberitahu bahawa semua pelajar yang terlibat adalah dari Program Pra Diploma Tahun 2.

Ini merupakan penyertaan yang ke-5, Kolej Vokasional Tawau sejak tahun 2011.