Majlis Sambutan Raya Tutup Program "WE LOVE ACCOUNT" JPPN

GEMBIRA | Sambutan Hari Raya berlangsung di Bengkel Jabatan Pengajian Perniagaan | Foto oleh Carlos George

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Jabatan Pengajian Perniagaan (JPPN) menjadi majlis kemuncak bagi Program "WE LOVE ACCOUNT" yang telah berlangsung selama dua hari dari 4 hingga 5 Ogos 2015, melibatkan taklimat dan ceramah.

Majlis Sambutan Hari Raya dilangsungkan di Bengkel Jabatan Pengajian Perniagaan yang turut menjemput para pensyarah untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Antara sajian menarik dalam majlis ini ialah satay dan roti canai.


Para pelajar Pra Diploma Tahun 1 | Foto oleh Carlos George
Antara Pelajar Pra Diploma Tahun 2 | Foto oleh Carlos George

Program "WE LOVE ACCOUNT" menampilkan Taklimat Hala Tuju Profesion Perakaunan yang disampaikan oleh Puan Syeha Binti Said dari Syarikat Syeha & Co., Ceramah "Konflik Pemikiran Pelajar" dan Persepsi Mengatasi Realiti Goods & Service Tax (GST) yang disampaikan oleh Ms. Foo Lee Lee dari BizIT Resources Sdn Bhd.


Ketua Jabatan Pengajian Perniagaan, Puan Norhayati Amir menyampaikan sumbangan penghargaan dan cenderakenangan kepada Puan Syeha sambil diiringi oleh Ketua Unit Perakaunan, Puan Sarina Mail | Foto oleh Carlos George
Pelajar Diploma Tahun 1 bersama Cikgu Jumarni Shamsuddin selepas Taklimat Hala Tuju Profesion Perakaunan | Foto oleh Carlos George
Ms. Foo Lee Lee menyampaikan banyak maklumat berkenaan GST kepada para pelajar dalam slot taklimatnya | Foto oleh Carlos George

Untuk makluman, semua pelajar dibawah JPPN terlibat dengan program ini.