Taklimat NIOSH Beri Gambaran Jelas Kepentingan Pensijilan OSHMS

Gambar kenangan bersama wakil jabatan selepas taklimat. Duduk dari kiri: Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansur, Pengurus Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Sabah & W.P. Labuan), Encik Mohd Husin Abd Salam, Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy, Pengurus Besar NIOSH Certification Sdn Bhd, Encik Syamsul Zahrin Zainuddin, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Doimeh Dolinting dan Penyelaras JKKP Kolej Vokasional Tawau, Encik Abdul Malik Yusuf | Foto oleh Carlos George

Susulan daripada Taklimat Pensijilan OSHMS untuk ketua jabatan, ketua bengkel dan ketua unit (Vokasional dan ERT) oleh Penyelaras JKKP ada 10 Julai 2015, dua orang pegawai dari NIOSH telah dijemput khas untuk memberikan taklimat yang lebih terperinci mengenai OSHMS.

Pegawai dari NIOSH yang dimaksudkan ialah Encik Mohd Hussin Abd Salam (Pengurus Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Sabah & W.P. Labuan) dan Encik Syamsul Zahrin Zainuddin (Pengurus Besar NIOSH Certification Sdn Bhd).


Mohd Husin
Dalam ucapan alu-aluan Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy menyatakan bahawa Kolej Vokasional Tawau perlu memenuhi kehendai dan keperluan industri dengan SOP Kelamatan yang diiktiraf. "Apabila kita mempunyai sijil daripada NIOSH ini, pihak industri tidak akan meragui tahap keselamatan yang ada dalam bengkel.", tambahnya lagi.


Selepas ucapan pengarah, Encik Mohd Husin yang dijemput untuk berucap menyatakan bahawa selain daripada IKBM, ILP dan lain-lain institusi pengajian tinggi, beberapa buah sekolah menengah turut menjemput pihak NIOSH untuk memberikan ceramah kesedaran tentang keselamatan ditempat kerja. 

"Kementerian Sumber Manusia melalui NIOSH sedang cuba sedaya upaya untuk memenuhi jemputan ceramah tersebut tetapi kami akan menyusun semula program ceramah kesedaran ini supaya boleh mencapai objektif yang disasarkan", katanya sebelum memberikan laluan kepada Encik Syamsul Zahrin untuk menyampaikan taklimat berkenaan OSHMS.




Syamsul Zahrin
Merujuk kepada taklimat Encik Syamsul, pensijilan OSHMS akan membina kepercayaan dalam organisasi itu sendiri melalui kepimpinan, budaya dan perundangan dan juga meningkatkan keyakinan pelanggan dan pasaran. Proses yang terlibat ke arah pensijilan termasuk proses permulaan iaitu komitmen dari pihak pengurusan dan kajian permulaan kemudian latihan dan pemahaman standard (piawai) dan dokumentasi sistem pengurusan. Apabila semua proses permulaan tamat, ianya akan diikuti oleh proses pelaksanaan dan pemantauan dengan audit dalaman dan semakan pengurusan.


Proses pensijilan pula akan melibatkan proses permohonan, audit dokumentasi, audit pematuhan, pensijilan dan audit pengawasan. Sijil yang diperolehi akan tamat tempoh dalam tiga tahun dan perlu menjalani proses pensijilan semula.


Proses pensijilan yang terlibat
Sesi soal jawab antara Encik Rangiah dan Encik Syamsul | Foto oleh Carlos George

Taklimat yang bermula kira-kira jam 2.00 petang ini berakhir kira-kira jam 4.00 petang.