KV Tawau Terima Sumbangan Buku Asia Foundation

Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muhtusamy (tengah) dan Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansur (tiga dari kanan) bersama pelajar Kelab Pembimbing Rakan Sebaya menunjukkan penghargaan kepada Asia Foundation atas sumbangan ini | Foto oleh Nordayana Muhammad

Kolej Vokasional Tawau menerima sumbangan berupa buku rujukan dalam bidang perniagaan dan perakaunan dalam Majlis Penyerahan Buku-buku Bacaan Kepada Sekolah-sekolah Menengah Daerah Tawau.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Ahli Parlimen P190 Tawau merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi di Dewan SM St Patrick Tawau.

Datuk Mary Yap bersama tetamu kehormat dalam majlis tersebut | Foto oleh Nordayana Muhammad
Gambar kenangan Datuk Mary Yap sempena majlis ini bersama barisan pengetua sekolah-sekolah menengah di Daerah Tawau | Foto oleh Nordayana Muhammad

"Saya telah menyemak dan meneliti kandungan buku berkenaan dan mendapati amat sesuai untuk di jadikan buku rujukan di sekolah menengah dan kolej," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan buku berkenaan kepada 24 sekolah menengah dan kolej sumbangan Asia Foundation.(Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1157276)

Gambar kenangan Datuk Mary Yap bersama pelajar Kelab Pembimbing Rakan Sebaya yang turut hadir dalam majlis penyerahan ini | Foto oleh Nordayana Muhammad

Sebagai makluman, The Asia Foundation adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan antarabangsa yang komited untuk "membantu memperbaiki kehidupan secara dinamik dan membangun Asia." Beribu pejabat di San Francisco, The Asia Foundation bekerja melalui rangkaian 18 pejabat di 18 negara Asia dan di Washington, DC. (Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/The_Asia_Foundation).


The Asia Foundation ditubuhkan pada tahun 1954 dan telah menyumbangkan 50 juta buah buku sejak beroperasi 60 tahun yang lalu dibawah Program Books For Asia.(Sumber: http://asiafoundation.org/program/overview/books-for-asia)