Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Flat Guru Kolej Vokasional Tawau telah berlangsung dengan sederhana tetapi meriah, semalam.
Perjalanan majlis agak lancar dan Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy bersama anaknya, turut sama memeriahkan majlis ini. Beliau tiba pada pukul 12.20 petang.
Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah (tengah) bersama anaknya, Suresh (kiri) memilih juadah santapan semasa majlis berlangsung | Foto Carlos George |
Cikgu Nik Hasbularif bersama anaknya, antara guru yang turut memeriahkan majlis ini | Foto oleh Carlos George |
Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi ini berakhir lebih kurang jam 5.00 petang.
Geng "Pak Guard" turut dijemput memeriahkan majlis ini disamping menghargai jasa mereka mengawal keselamatan kawasan kolej | Foto oleh Carlos George |
Geng "Makcik Pembersihan" turut sama meraikan Majlis Rumah Terbuka Flat Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George |
Proses membersihkan buah kelapa dan memisahkan isi dengan tempurung | Foto oleh Carlos George |
Proses mengukur buah kelapa | Foto oleh Carlos George |
Proses membakar lemang yang bermula kira-kira jam 5 petang dan berakhir pada jam 1 pagi | Foto oleh Carlos George |
Apa pun, majlis seperti ini merupakan satu peluang untuk warga flat berganding bahu dan bekerjasama menyediakan juadah makanan dan peralatan yang diperlukan untuk menjayakan majlis ini.
Gambar kenangan bersama Cikgu Rabia Yalla bersama anak-anak. Pengerusi tetap maintain | Foto oleh Carlos George |
Gambar kenangan bersama Puan Ayang Binti Pipak bersama suami dan anak-anak. Turut sama Cikgu Sarepul (kiri) | Foto oleh Carlos George |
Kali terakhir Sambutan Hari Raya Flat Guru diadakan ialah pada Ogos 2013.
Terima kasih diucapkan kepada semua rakan taulan dan saudara mara yang telah sama-sama memeriahkan majlis ini.
Gambar lain: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.428445210675288.1073741835.223727487813729&type=3&uploaded=179