Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2015

Cikgu Darawati Pataruddin (kiri) bersama Cikgu Mariani Kisman (kanan) menyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan penuh semangat semasa Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaaan | Foto oleh Carlos George
Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang diwar-warkan sebelum ini, telah dilancarkan dengan meriah dan penuh semangat oleh warga Kolej Vokasional Tawau, semalam.

Bulan Kemerdekaan anjuran Unit Sejarah dengan kerjasama Unit Kelab dan Persatuan, Unit Psikologi dan Kerjaya dan Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan berlanjutan selama 4 minggu sehingga 14 September 2015.

Antara pelajar perempuan Kolej Vokasional Tawau yang seronok mengibarkan bendera semasa lagu Jalur Gemilang dinyanyikan | Foto oleh Carlos George

Bulan Kemerdekaan ini menampilkan beberapa kempen dan pertandingan peringkat dalaman. (Sila rujuk entri: http://kvtawau.blogspot.com/2015/08/bulan-kemerdekaan-bakal-dilancarkan-17.html)

Majlis Pelancaran dimulakan dengan ucapan penyelaras, Cikgu Rahimah Ali Taupah yang turut memberikan penerangan tentang aktiviti yang akan berlangsung sepanjang Bulan Kemerdekaan diikuti oleh ucapan perasmian daripada Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy.

Penyelaras, Cikgu Rahimah Ali Taupah menyampaikan ucapan dan penerangan tentang aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan | Foto oleh Carlos George

Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah menyampaikan ucapan perasmian | Foto oleh Carlos George

Dalam ucapan pengarah, beliau mengatakan bahawa sambutan bulan kemerdekaan ini bukan sekadar mengibarkan bendera tetapi setiap warga KV Tawau perlu menghayati perjuangan tokoh-tokoh sebelum ini dalam mendapatkan kemerdekaan. "Perjuangan mendapatkan kemerdekaan bermula dengan kesedaran yang diilhamkan melalui pendidikan."

"Dalam konteks Kolej Vokasional Tawau, kita perlu memahami, menghayati dan menunjukkan semangat kemerdekaan ini dalam bentuk tindakan. Semangat kecintaan terhadap kolej perlu ditanam, disemai dan disemarakkan. Tunjukkan kepada semua orang bahawa Kolej Vokasional Tawau ialah kolej yang Unggul.", tambahnya lagi.

Beliau turut meminta pihak penganjur untuk melanjutkan tarikh majlis perasmian penutupan bulan kemerdekaan ini ke 17 September 2015 untuk sama meraikan Hari Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Kemudian, Encik Rangiah yang diiringi oleh Ketua Jabatan Umum, Encik Ishak Japar menyempurnakan gimik perasmian. Dalam masa yang sama, bendera negeri-negeri dalam Malaysia diarak masuk dan seluruh warga dewan menyanyikan tiga buah lagu iaitu lagu tema hari kebangsaan 2015 #sehatisejiwa, lagu Warisan dan lagu Jalur Gemilang.


Acara gimik perasmian, pemotongan reben yang disempurnakan oleh Encik Rangiah | Foto oleh Carlos George


Tahniah!! Acara perasmian telah disempurnakan | Foto oleh Carlos George


Perarakan masuk bendera Malaysia bersama bendera negeri dalam Malaysia oleh para pelajar yang didahului oleh Tajuddin Ali Bangsa | Foto oleh Carlos George

Suasana semasa lagu Jalur Gemilang dinyanyikan | Foto oleh Carlos George

Cikgu Sharliza Azari (dua dari kanan) dan Cikgu Mardiah Mokthar (kanan) sempat melihat kamera semasa menyanyikan lagu Warisan | Foto oleh Carlos George