Pembaca Terbanyak Koleksi Pusat Sumber KV Tawau Terima Smartphone Samsung

Pemenang Program Pembaca Terbanyak Koleksi Pusat Sumber Kategori Pelajar, Nadia Binti Datu Kadir bersama smartphone SAMSUNG dan sijil penghargaan | Foto oleh Carlos George

Pusat Sumber Kolej Vokasional Tawau dibawah Penyelaras, Cikgu Mohd Hatta Hasan telah melancarkan Minggu Pusat Sumber pada awal bulan Julai lepas. Minggu Pusat Sumber yang berlangsung selama 2 minggu ini menawarkan beberapa hadiah menarik melalui beberapa program yang telah dirancang.

Program berkenaan ialah Kuiz Pusat Sumber, Mini Explorace dan Pembaca Terbanyak Koleksi Pusat Sumber (dua kategori iaitu Pelajar dan Pensyarah). Turut dipertandingkan ialah Pembaca Terbanyak NILAM dan Sudut NILAM Terbaik, masing-masing untuk dua kategori iaitu Kategori Pra-Diploma Tahun 1 dan Kategori Pra-Diploma Tahun 2.

Majlis Penyampaian Hadiah untuk Minggu Pusat Sumber telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Bin Mansur dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Kolej, semalam.






Tahniah kepada semua pemenang terutamanya kepada Nadia Binti Datu Kadir yang telah memenangi hadiah utama Pembaca Terbanyak Koleksi Pusat Sumber Kategori Pelajar iaitu sebuah telefon smartphone SAMSUNG model Samsung Galaxy V Dual SIM G313HZ.

"Saya terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang dan sangat gembira dengan hadiah yang saya terima.", jelas Nadia semasa ditemui selepas menerima hadiah dari TPA.