Majlis Sambutan Hari Raya KV Tawau Meriah!!!

Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy (tengah) berjabat tangan dengan pelajar di Booth Pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sambil diperhatikan oleh Ketua Kampung Muhibbahraya, Encik Awang Jabar Bin Abdullah (kiri) semasa slot Lawatan Tetamu VIP ke Booth Pelajar. Booth ini menawarkan hidangan istimewa Nasi Kuning Ayam kepada para tetamu | Foto oleh Carlos George

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Kolej Vokasional (KV) Tawau berlangsung meriah pada 7 Ogos 2015, di Dewan Tun Ahmad Shah dan kawasan Kafeteria Perdana.

Majlis anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kolej Vokasional Tawau (KKRKVT) dengan kerjasama Kolej Vokasional Tawau bermula pada jam 9.00 pagi dan melibatkan penyertaan semua pelajar mengikut kursus masing-masing.

"Selfie dulu..." Ramai pelajar membawa kamera dan telefon bimbit untuk merakam kenangan sempena majlis kali ini... | foto oleh Carlos George

Pelajar kursus Pemesinan Industri (MPI) bergambar dihadapan Kafeteria Perdana sebagai kenangan sambutan kali ini | Foto oleh Carlos George

Booth Program Teknologi Kimpalan (MTK) | Foto oleh Carlos George

Booth Program Teknologi Pembinaan (WTP) | Foto oleh Carlos George

Dengan menempatkan booth pelajar di kawasan Kafeteria Perdana, semua pelajar tertumpu dikawasan tersebut sambil disulami dengan dendangan lagu hari raya semasa menikmati hidangan yang disediakan.

Para guru pula ditempatkan di Dewan Tun Ahmad Shah, dalam satu majlis rasmi bersama barisan pentadbir dan tetamu jemputan.

Ucapan dari Pengarah Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George

Barisan pentadbir bersama tetamu jemputan VIP | Foto oleh Carlos George

Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi KKRKVT, Encik Mohd Fadzilah Husin yang mengalu-alukan kehadiran barisan pentadbir dan tetamu jemputan iaitu Timbalan YDP PIBG, Encik Haris Laksamana Bin Bahrom yang mewakili YDP PIBG, Encik Abdul Samat Bin Akui yang tidak dapat hadir kerana berada diluar kawasan dan Ketua Kampung Muhibbahraya, Encik Awang Jabar Bin Abdullah.

Pengerusi KKRKVT, Encik Mohd Fadzilah Husin memberikan ucapan | Foto oleh Carlos George

Hidangan makanan tetamu VIP dan guru-guru ditempah dari Aqidah Catering Service | Foto oleh Carlos George 

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan penghargaan dari Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada KKRKVT kerana berjaya merancang dan seterusnya melangsungkan Majlis Hari Raya Aidilfitri peringkat Kolej Vokasional Tawau.

Selepas ucapan, para tetamu VIP dibawa untuk melawat booth-booth pelajar sambil beramah mesra dengan pelajar.

Booth pertama yang dilawati oleh rombongan VIP, Booth Kursus Pemesinan Industri (MPI) | Foto oleh Carlos George

Encik Rangiah sempat meringankan tangan membantu pelajar membakar ikan dan ayam semasa melawat Booth WTP | Foto oleh Carlos George

Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansur menunggu hidangan pencuci mulut yang sedang disediakan oleh pelajar di Booth Kursus Perkhidmatan Asuhan Kanak-Kanak (PAKK) | Foto oleh Carlos George

Booth Kursus Fesyen dan Pembuatan Pakaian (HFP) | Foto oleh Carlos George

Selepas lawatan ke booth pelajar, para tetamu masuk semula ke Dewan Tun Ahmad Shah untuk menikmati hidangan yang telah tersedia.


Guru-guru memilih juadah makanan yang telah disediakan oleh katerer | Foto oleh Carlos George

Buras menjadi pilihan utama sambil berbincang mengenai isu semasa | Foto oleh Carlos George

Selain sambutan hari raya, turut diraikan ialah guru-guru yang telah menimang cahayamata baru. Antara penerimanya ialah Cikgu Mohd Khairun, Cikgu Jalil Saari dan Cikgu Kasmah Baharom.


Tahniah! Kerana menimang cahayamata pertama untuk Cikgu Mohd Khairun | Foto oleh Carlos George

Cikgu Ahmad Zulfadhli mewakili Cikgu Jalil Saari menerima hadiah cahayamata baru dari Pengarah KV Tawau | Foto oleh Carlos George

Majlis tamat kira-kira jam 11.15 pagi, sebelum itu, para tetamu VIP mengambil gambar kenangan sempena majlis ini. Tahniah kepada pihak penganjur dan semoga majlis tahun depan akan lebih meriah berbanding tahun ini kerana semestinya, bilangan pelajar bertambah lagiii....

Gambar kenangan barisan pentadbir bersama tetamu VIP yang hadir dalam majlis tahun ini... Semoga berjumpa lagii... | Foto oleh Carlos George

Gambar lain dalam majlis ini boleh dilihat di Facebook Page Blog KV Tawau: