Pelajar Diploma WTP Johan Tiga Kategori Pertandingan Kemahiran CIDB

Gambar kenangan Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam, Encik Mohd Fadzilah Husin (duduk tengah) bersama guru-guru pengiring, Cikgu Mohd Nurelmi Abd Hamid (empat dari kiri) dan Cikgu Arnie Loretta Lagason (empat dari kanan) bersama pelajar Diploma Tahun 1 Teknologi Pembinaan selepas majlis penyampaian hadiah sempena Pertandingan Kemahiran Anjuran Bersama CIDB Cawangan Tawau dan PPD Tawau | Foto ikhsan dari Mohd Fadzilah Husin 

25 orang pelajar Diploma Tahun 1 Program Teknologi Pembinaan dibawah Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam Kolej Vokasional (KV) Tawau telah menyertai Pertandingan Kemahiran Anjuran Bersama Construction Industry Development Board (CIDB) Cawangan Tawau dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau pada 4 Ogos 2015 dari 7.00 pagi hingga 4.00 petang.

Pertandingan ini telah berlangsung di SMK Balung, Tawau dan turut disertai oleh tuan rumah dan 10 buah sekolah menengah sekitar Daerah Tawau, antaranya SMK Kinabutan dan SMK Umas-umas.

Dalam pertandingan tersebut, enam kategori dipertandingkan iaitu Pertandingan Mereka Bentuk Tanglung, Pertandingan Mewarna Plan Landskap, Pertandingan Lego, Pertandingan Uno, Pertandingan Membina Mercu Tanda Bangunan (menggunakan lidi) dan Pertandingan Mengikat Bata.


 Kategori LEGO                                      Kategori UNO

                             Kategori Membina Mercu Tanda              Kategori Mewarna Plan Landskap

                                    Kategori Mengikat Bata                    Kategori Mereka Bentuk Tanglung

Keputusannya, peserta KV Tawau berjaya meraih tiga johan dalam kategori Mewarna Plan Landskap, Uno dan Mengikat Bata. Selain itu, peserta KV Tawau turut meraih naib johan dalam kategori Mereka Bentuk Tanglung. Dalam dua lagi kategori, lego dan membina mercu tanda, peserta KV Tawau hanya berjaya menduduki tempat ke-5 dan ke-8, masing-masing.


Mohd Izzat menerima hadiah daripada Encik Rozaiman Bin Hasan, Pengarah CIDB Cawangan Tawau untuk Kategori Mengikat Bata| Foto oleh Mohd Fadzilah Husin

Tahniah kepada semua peserta dan Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam yang secara tidak langsung telah mempromosikan kemampuan dan kemahiran pelajar kepada sekolah lain.

Terima kasih juga kepada Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam, Encik Mohd Fadzilah Bin Husin yang memberikan maklumat mengenai pertandingan ini kepada Blog KV Tawau.