Program Diploma MPI Lengkapkan Modul di Sandakan

Gambar kenangan Pelajar Diploma Teknologi Pemesinan Industri (MPI) Tahun 1 bersama Cikgu Derlan Dandang ( berdiri, enam dari kiri), Ketua Jaminan Kualiti, Encik Yahaya Ismail (berdiri, tujuh dari kiri) dan Cikgu Abdullah Qahar Sabang (berdiri lapan dari kiri) sebelum berangkat ke Sandakan | Foto oleh Carlos George

Pelajar Program Diploma Teknologi Pemesinan Industri (MPI) Tahun 1 berangkat ke Sandakan pada hari ini, 30 September 2015 untuk melengkapkan keperluan modul bagi semester ini.

Rombongan ini diketuai oleh Cikgu Derlan Dandang bersama 24 orang pelajar diploma.

Menurut maklumat dari Cikgu Derlan, mereka akan menginap di Kompleks Sukan Sandakan sebelum melaksanakan latihan amali di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Sandakan. Antara latihan yang terlibat semasa berada di ILP, Sandakan ialah Centerless Grinding Process, CNC Grinding, CNC EDM Die Sinking dan CNC EDM Wire Cut Process.

Latihan yang bermula dengan pengenalan kaedah/proses ini akan melibatkan proses percubaan dan pelaksanaan amali beserta pemarkahan. Latihan bermula jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar jam 4.00 petang setiap hari selama dua hari.

Rombongan ini akan kembali semula ke Tawau pada 3 Oktober 2015.