Kelas 3 KAA SMK Umas-Umas Intai Peluang di KV Tawau

Taklimat program yang ditawarkan di Kolej Vokasional Tawau dijalankan di Bilik BMG 1 | Foto oleh Carlos George

Kelas 3 Kelas Aliran Agama (KAA) dari SMK Umas-umas, Tawau melawat Kolej Vokasional (KV) Tawau pada hari ini, 30 September 2015 bersama dengan guru, Cikgu Rozita Binti Abdul Hamid. 


Cikgu Nordayana Muhammad (kiri) dan Cikgu Rozita Abdul Hamid (kanan) semasa sesi taklimat berlangsung | Foto oleh Carlos George


Pelajar Kelas 3 KAA yang terlibat dalam lawatan ini | Foto oleh Carlos George

Rombongan yang terdiri daripada dua orang guru dan 10 orang pelajar perempuan ini tiba pada jam 9.00 pagi dan disambut oleh Ketua Unit Psikologi dan Kerjaya merangkap Penyelaras OUTREACH, Cikgu Nordayana Muhammad dibantu oleh Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran, Cikgu Darawati Pataruddin dan pelajar PRS.


Cikgu Darawati Pataruddin semasa menyampaikan taklimat | Foto oleh Carlos George
Pengerusi PRS, June Quelistha Jaiful (1DKV SISKOM) turut diberi peluang untuk berkongsi pengalaman belajar dibawah Program Sistem Komputer dan Rangkaian | Foto oleh Carlos George

Program ini merangkumi taklimat mengenai program yang ditawarkan oleh Kolej Vokasional Tawau terutamanya program Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan dan Jabatan Penjagaan dan Perkhidmatan Masyarakat dan lawatan ke bengkel.