Pasukan KV Tawau Mara Ke Separuh Akhir Youth Biz Challenge

Pasukan Rekacipta Kolej Vokasional (KV) Tawau berjaya mara ke separuh akhir Kategori Sekolah Menengah dalam Program Usahawan Muda, Youth Biz Challenge Anjuran SME Bank. 

Hanya 20 pasukan yang berjaya ke separuh akhir dan pasukan KV Tawau merupakan salah satu daripada tiga yang terpilih dari Negeri Sabah.

Dengan mempertaruhkan produk Smart Wireless PA System yang dijangka mempunyai nilai komersial yang tinggi, pasukan KV Tawau dilihat mempunyai peluang yang baik untuk ke pasukan peringkat akhir. Dalam peringkat akhir nanti, 10 pasukan terbaik akan bersaing untuk merebut hadiah utama berupa RM15,000 untuk kumpulan, RM5,000 untuk sekolah, trofi, piala pusingan SME Bank dan sijil penyertaan.

Smart Wireless PA System merupakan produk inovasi Pasukan Rekacipta KV Tawau dibawah bimbingan Cikgu Kassim Ambosaka yang secara ringkasnya memudahkan perhubungan dua hala dalam satu kawasan seperti sekolah atau ladang kelapa sawit. Jarak liputan atau jarak penghantaran isyarat bergantung kepada jenis radio dan antena yang digunakan.

Pasukan ini akan menyertai Boot Camp dan Pembentangan Separuh Akhir pada 2 hingga 4 November 2015.

Dapatkan maklumat terkini menerusi Laman Facebook SME Bank Y-Biz Challenge di https://www.facebook.com/SME-Bank-Y-Biz-Challenge-516283725057889