Piala Pengarah KV Tawau Milik Tuan Rumah

Pasukan Juara, Pasukan KV Tawau merakam gambar kenangan bersama Piala Pusingan dan pingat kemenangan masing-masing | Foto oleh Carlos George

Pertandingan Ragbi Piala Pengarah Kolej Vokasional (KV) Tawau menutup tirai dengan perlawanan akhir, Pasukan KV Tawau menentang MRSM dalam satu perlawanan sengit di Padang Kolej Vokasional Tawau pada 30 Oktober 2015.


Pemain KV Tawau, Nazrul Akmal berusaha melepasi barisan pertahanan pihak lawan dalam perlawanan ini | Foto oleh Carlos George

Pasukan KV Tawau mara ke perlawanan akhir setelah mengutip 18 mata penuh dari 6 perlawanan liga dengan 167 jaringan, manakala pasukan MRSM mengutip 15 mata daripada 7 perlawanan liga dengan 130 jaringan. 


Antara pemain harapan pasukan MRSM Tun Mustapha Tawau yang masih berada dalam Tingkatan 4 | Foto oleh Carlos George

Dalam perlawanan akhir ini, Pasukan KV Tawau selaku antara pasukan elit di Daerah Tawau mendominasi minit awal permainan dengan melakukan jaringan dalam masa lima minit selepas perlawanan bermula, melalui pemain, Mohd Fazli Herlan. Namun, pasukan MRSM bangkit untuk memberikan saingan dan menamatkan separuh masa pertama dengan jaringan seri, 7 berbalas 7.

Masa rehat digunakan sepenuhnya oleh Jurulatih Pasukan KV Tawau, Cikgu Mohd Rasi Solong untuk mengubah strategi permainan dan menggantikan beberapa pemain untuk memastikan kemenangan berpihak ke pada pasukan tuan rumah. 

Perubahan taktik permainan ternyata membuahkan hasil dalam babak separuh masa ke-2 apabila Pasukan KV Tawau berjaya menambah 12 mata lagi untuk keputusan perlawanan kekal, 19 berbalas 7 sehingga ke wisel penamat.


Terima kasih diucapkan kepada ketua pengadil sepanjang perlawanan. Cenderahati dan sumbangan disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Doimeh Dolinting | Foto oleh Carlos George


Tahniah Pasukan MRSM Tun Mustapha yang mendapat naib johan dalam pertandingan ini | Foto oleh Carlos George


JUARA!! Kapten pasukan KV Tawau, Amar (tiga dari kanan) menerima piala pusingan, Piala Pengarah KV Tawau dari TPSA, Encik Doimeh Dolinting (dua dari kiri). Turut sama, Cikgu Arif Rahima (kiri), Cikgu Mohd Rasi Solong (tiga dari kiri) dan Md Jamree Abdul Latief (kanan)| Foto oleh Carlos George 

Tahniah kepada pasukan KV Tawau yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang liga berlangsung dari 10 hingga 30 Oktober 2015.

Terima kasih juga diucapkan kepada para pegawai, pengadil dan pemain yang terlibat dalam pertandingan kali ini.


Antara pegawai, pengadil, jurulatih dan guru pengiring yang terlibat sepanjang pertandingan berlangsung. Tahniah dan terima kasih atas komitmen yang diberikan!! | Foto oleh Carlos George

Piala Pusingan Pengarah KV Tawau kini, berada dalam genggaman Pasukan KV Tawau, semoga berjumpa lagi dalam pertandingan pada tahun hadapan.


Pemain terbaik sepanjang pertandingan, Cosmas Rino Ben Ama @ Chordi dan pemain terbaik perlawanan akhir, Mohd Ridzuan Abd Latif @ Tagap bergambar bersama Piala Pusingan dan Piala Johan Pertandingan Ragbi Piala Pengarah KV Tawau 2015 | Foto oleh Carlos George