Program Pengurusan Jenazah Peringkat Kolej Vokasional Tawau

Program Pengurusan Jenazah anjuran Unit Pendidikan Islam, Kolej Vokasional (KV) Tawau ini telah berlangsung pada 31 Oktober 2015 pada jam 7.00 hingga 11.30 pagi di Surau Al-Hidayah, KV Tawau.

Program ini bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman pelajar, pensyarah dan staf KV Tawau terhadap ibadat pengurusan jenazah yang merupakan salah satu fardhu kifayah yang dituntut kepada umat Islam.

Program ini terbahagi kepada dua slot utama iaitu taklimat dan amali.

Foto: Demontrasi memakaikan kain kafan oleh penceramah jemputan | Foto oleh Kamarul Bahri Isla.