KV Tawau Terima Kunjungan Dr Berhanuddin dari UTHM

Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy (kanan) menyerahkan cenderahati kenangan kepada Prof. Madya Dr Berhanuddin Mohd Salleh (tengah). Turut sama, Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Mansor (kiri). 

Prof. Madya Dr Berhanuddin Mohd Salleh dari Jabatan Bahasa dan Komunikasi, Fakulti Sains, Teknologi Dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengunjungi Kolej Vokasional Tawau berkenaan penempatan latihan para pelajar UTHM bagi tahun ini, pada 18 Januari lepas.

Sebelum ini, sembilan pelajar dari UTHM telah selamat menjalani ROS di KV Tawau pada tahun lepas.

Menurut maklumat yang telah dikongsi oleh TPA, Enciki Azman Mansor, UTHM bakal menempatkan dua pelajar yang akan menjalani latihan praktikal selama enam bulan dibawah kursus Teknologi Elektronik dan Seni Kulinari.