| Dr Noraini Said, semasa memberikan taklimat mengenai prosedur penilaian kerja kursus di Bilik Seri Kinabalu | Foto oleh Carlos George |
Setibanya di IPG Kampus Tawau, rombongan disambut oleh Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian, IPG Tawau, Encik Samsuddin Sulaiman yang seterusnya membawa rombongan ke Bilik Seri Kinabalu untuk sesi taklimat.
| Ahli rombongan fokus mendengar taklimat yang disampaikan oleh Dr Noraini Said | Foto oleh Carlos George |
Sesi taklimat merangkumi tiga topik iaitu Prosedur Penilaian Kerja Kursus oleh Dr Noraini Said, Moderasi Kertas Peperiksaan oleh Puan Lina Thomas @ Tupang dan Manual Prosedur Kerja Pentadbiran Peperiksaan oleh Encik Samsuddin.
| Puan Lina Thomas menunjukkan Buku Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus yang juga dikenali sebagai "Buku Hijau" | Foto oleh Carlos George |
| Ketua rombongan, KJPP, Cik Darawati Pataruddin (kiri) turut mengemukakan beberapa pertanyaan semasa sesi taklimat Puan Lina | Foto oleh Carlos George |
Walaupun sesi taklimat ini hanya melibatkan dua jam, tetapi beberapa perkongsian yang diberikan akan dimanfaatkan sebagai panduan bagi JPP dalam pelaksanaan penilaian dan pentaksiran di kolej nanti.
| Cik Darawati (kiri) menyerahkan sijil penghargaan kepada Puan Lina (kanan) sebagai tanda berterima kasih kerana sudi menerima kunjungan daripada JPP, KV Tawau | Foto oleh Carlos George |
| Cik Darawati turut menyampaikan jambangan bunga yang ditujukan khas untuk Pengarah IPG Kampus Tawau, Puan Hajah Masni Madat yang bakal bersara pada 27 Januari 2016 | Foto oleh Carlos George |
Selepas sesi taklimat, rombongan dibawa menikmati jamuan ringan sebelum melawat Bilik Kebal Unit Peperiksaan dan Penilaian, IPG Kampus Tawau.
Sesi lawatan berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai, rombongan bersama Encik Samsuddin.
| Gambar kenangan bersama Encik Samsuddin diperkarangan Unit Pentadbiran IPG Kampus Tawau | Foto oleh Carlos George |
| Sesi menikmati Sup Payau tajaan Ketua Rombongan, Cik Darawati Pataruddin | Foto oleh Carlos George |
| Terima kasih atas sajian penutup lawatan pada kali ini, lain kali bikin lagi... | Foto oleh Carlos George |