Ketua Unit Pensijilan Berhijrah Ke Beaufort

Cik Darawati Pataruddin (tengah) menyampaikan cenderahati kenangan kepada pasangan suami isteri, Naizuwan Hashim Ramli (kiri) dan Nuur Husna Baharudin (kanan) yang bakal berpindah ke KV Beaufort berkuatkuasa 1 Mac 2016 | Foto oleh Carlos George

Jabatan Penilaian dan Pentaksiran (JPP), Kolej Vokasional Tawau terpaksa menerima hakikat kehilangan Ketua Unit Pensijilan, Cikgu Naizuwan Hashim Ramli yang bakal berpindah ke Kolej Vokasional Beaufort bermula 01 Mac 2016.

Untuk meraikan perpindahan berkenaan, satu majlis ini telah dilangsungkan di Bilik Gerakan JPP pada Jumaat, 26 Februari 2016, lebih kurang jam 2:00 petang.

Cik Darawati menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis berkenaan | Foto oleh Carlos George

Dalam ucapan alu-aluan Majlis Perpisahan anjuran JPP berkenaan, Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran, Cik Darawati Pataruddin, berasa agak sedih kerana ini merupakan kehilangan yang ke-4 dalam masa 8 bulan sejak perpindahan Cikgu Sazarinah ke KV Beaufort pada Jun 2015.

Darawati yang telah mengendalikan urusan penilaian dan pentaksiran sejak kolej masih lagi menguruskan peperiksaan berkaitan SPM, sangat berterima kasih atas segala jasa dan komitmen yang telah dicurahkan oleh Cikgu Naizuwan selama ini. Dan kini, urusan pensijilan pasti memerlukan orang baru yang perlu dilatih untuk mempermudahkan urusan berkaitan. 

Naizuwan Hashim semasa memberikan ucapan perpisahan dalam majlis berkenaan | Foto oleh Carlos George

Naizuwan yang memberikan ucapan perpisahan mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa JPP yang sudi mengadakan majlis perpisahan untuknya. Dia turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Darawati yang telah banyak memberikan tunjuk ajar selama menguruskan urusan berkaitan SPM dan pensijilan.

"Walaupun saya berpindah, saya berharap agar orang yang bakal menggantikan saya untuk tugas Ketua Unit Pensijilan akan dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan dapat memudahkan pengurusan jabatan." 

Turut sama mengiringi perpindahan berkenaan ialah isteri Naizuwan, Ustazah Nuur Husna Baharudin yang juga pernah bertugas sebagai Penyelaras Pentaksiran KV untuk SVM Tahun 1 sebelum ini.

Gambar kenangan bersama jawatankuasa JPP yang hadir dalam majlis berkenaan | Foto oleh Carlos George


Menu istimewa Nasi Ayam merupakan hidangan yang menjadi pujian dalam majlis ini | Foto oleh Carlos George

Abdul Alif (kiri), Sukma (tengah) dan Nusrah (kanan) sempat bergaya untuk kamera sambil menikmati makanan yang telah disediakan | Foto oleh Carlos George