Bengkel Asas Teknikal & Kepengadilan Bola Jaring 2016

Gambar kenangan para peserta bersama instruktor sempena Bengkel Asas Teknikal dan Kepengadilan Bola Jaring 2016 di Dewan Tun Ahmadshah, Kolej Vokasional Tawau | Foto ikhsan Darawati Pataruddin

Bengkel Asas Teknikal dan Kepengadilan Bola Jaring 2016 anjuran Kolej Vokasional Tawau dengan kerjasama SABANA, telah berlangsung pada 19 - 20 Mac 2016 yang lalu. 

Bengkel yang merangkumi pendedahan asas teori dan praktikal berkenaan adalah antara langkah persediaan tuan rumah untuk menghadapi Karnival Sukan Antara Kolej Vokasional Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang akan berlangsung pada 30 Mac - 03 April nanti.

Instruktor yang telah dijemput untuk mengendalikan bengkel berkenaan ialah Puan Israh Ariffin, yang merupakan Timbalan Pengerusi II, Persatuan Bola Jaring Sabah (Sabah Netball Association - SABANA).

Sesi ceramah yang berlangsung di Bilik Mesyuarat BMG1, Kolej Vokasional Tawau | Foto ikhsan Darawati Pataruddin

Selain Daerah Tawau, bengkel ini turut disertai oleh peserta dari Daerah Kudat, Lahad Datu dan Semporna.

SABANA boleh dihubungi melalui laman facebook: https://www.facebook.com/sabah.netball