Ceramah Kesihatan: Talasemia

Dr Fanny Yap dari KKIA, Tawau semasa memberikan ceramah | Foto oleh Carlos George

Ceramah Kesihatan mengenai Talasemia dan saringan Talasemia yang dikendalikan oleh Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), Tawau diketuai oleh Dr. Fanny Yap.

Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.


Antara jururawat yang turut hadir untuk membantu menjalankan proses saringan Talasemia selepas sesi ceramah. Turut sama, Penyelaras Unit Kesihatan, Kolej Vokasional Tawau, Cikgu Chang On Ling (dua dari kiri)  | Foto oleh Carlos George

Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang di warisi dari ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.


Kumpulan pelajar lelaki yang kelihatan bersemangat untuk mendapat maklumat mengenai penyakit ini | Foto oleh Carlos George 

Ceramah ini berlangsung dari jam 8.00 hingga 9.00 pagi pada hari Isnin, 21 Mac 2016 dan Proses Saringan Talasemia berakhir pada 24 Mac 2016.