Majlis Pelepasan Kontinjen VOKTEK KV Tawau

Simbolik pelepasan pasukan Bolasepak yang disempurnakan oleh Pengarah, Encik Rangiah kepada ketua pasukan, Nik Zulhilmi dan Pengurus Pasukan, Cikgu Suhaibol Awang Besar sambil diiringi oleh TPSA, Encik Doimeh Dolinting | Foto oleh Carlos George

Kontinjen VOKTEK tuan rumah diraikan dalam satu Majlis Pelepasan Kontinjen semasa Majlis Perhimpunan Mingguan pada minggu ini, 28 Mac 2016. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy.


Ucapan pelepasan kontinjen daripada Pengarah, Encik Rangiah | Foto oleh Carlos George


Dalam ucapan pengarah, Encik Rangiah berterima kasih kepada semua pelajar dan guru/pensyarah yang telah bertungkus lumus berlatih dan melatih sebagai persediaan untuk mengharungi karnival sukan VOKTEK kali ini.

Beliau turut meminta semua pelajar yang tidak terlibat secara langsung dalam pertandingan ini untuk sama-sama memeriahkan karnival sukan berkenaan dan turun padang untuk memberikan sokongan kepada pasukan kolej.

Penyerahan tanggungjawab kepada Ketua Kontinjen, TPSA, Encik Doimeh Dolinting (kiri) | Foto oleh Carlos George