KV Tawau Terima 23 Orang Guru Baru

Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy semasa Sesi Taklimat Bersama Pengarah dengan guru-guru baru di Bilik Mesyuarat BMG1, semalam. Turut hadir, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Doimeh Dolinting dan Ketua Jabatan Pentaksiran dan Penilaian, Cik Darawati Pataruddin. | Foto oleh Carlos George 

Kolej Vokasional (KV) Tawau amat berbesar hati menerima 23 orang guru baru yang telah melapor diri pada 17 Ogos 2016, semalam. Kumpulan guru semuanya berasal dari Semenanjung Malaysia, tiba di Tawau sejak malam hari Selasa.

Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy yang mengalu-alukan kedatangan guru-guru berkenaan, memulakan bicara pengenalan dalam Sesi Taklimat Bersama Pengarah.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah menerima tawaran untuk berkhidmat di Kolej Vokasional Tawau, yang merupakan antara KV terbaik di Malaysia.

"Kamu sangat beruntung kerana dihantar ke Kolej Vokasional Tawau tetapi guru-guru baru kena faham, Sistem Kolej Vokasional tidak sama dengan Sistem Sekolah Aliran Perdana. Di sini, kamu akan diberikan induksi dan berpeluang untuk mengikuti banyak kursus berkaitan bidang yang kamu akan ditugaskan kelak".

Beliau turut menyarankan agar semua guru baru ini mencari keseronokan samaada semasa bekerja atau diluar, kerana Tawau dan daerah sekitarnya seperti Semporna dan Sandakan menawarkan banyak tempat untuk dilawati dan dinikmati.

"Kalau rindu makanan dari Semenanjung, jangan susah... Apa makanan yang ada di Semenanjung.. Di Tawau pun ada..." tambahnya lagi.

Sebelum mengakhiri Sesi Taklimat Bersama Pengarah, beliau berbesar hati memberikan tajaan 50% untuk hidangan istimewa Nasi Arab dibawah Program Keusahawanan Pelajar SVM Tahun 2 yang berlangsung pada hari ini.

Terima kasih kepada Pengarah, Encik Rangiah.

Berikut ialah senarai guru-guru baru yang telah melapor diri, semalam.
 












Baca Seterusnya »

Minggu Keusahawanan, Inovasi dan KV Skills Peringkat KV Tawau Dilancarkan Hari Ini

Timbalan Pengarah Akademik (TPSA), Encik Azman Mansor (empat dari kiri) bersama Timbalan Penyelaras Minggu Keusahawanan, Inovasi dan KV Skills 2016, Encik Nurdin Muliuseng (lima dari kiri) selepas Majlis Pelancaran dan penyempurnaan gimik pelancaran di Dewan Tun Ahmadshah hari ini. Turut sama, ketua-ketua jabatan. | Foto oleh Carlos George

Program Minggu Keusahawanan, Inovasi dan KV Skills 2016 Peringkat Kolej Vokasional (KV) Tawau telah dilancarkan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansor di Dewan Tun Ahmadshah, KV Tawau, hari ini, selepas Majlis Perhimpunan Mingguan.

Minggu Keusahawanan, Inovasi dan KV Skills ini menampilkan beberapa aktiviti menarik seperti Pertandingan Inovasi antara kursus, Pertandingan Kuiz Inovasi, Inertia Warrior dan turut diserikan dengan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik.

Tidak ketinggalan ialah Karnival Kerjaya dan Keusahawanan yang akan berlangsung pada 23 - 25 Ogos 2016. Semua sekolah disekitar Daerah Tawau dijemput untuk menyertai karnival berkenaan.

Peringkat Akhir Pertandingan Inovasi akan berlangsung pada 25 - 26 Ogos dan pemenang dijangka akan mewakili Kolej Vokasional Tawau ke Pertandingan Inovasi peringkat Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.


Baca seterusnya »

Sadri Terima Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Tahap 5

Penyerahan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia kepada Cik Sadri Saleho (kiri) oleh Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy (tengah) sambil diiringi oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Hj Mansor (kanan) di Bilik Tetamu, Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Sadri Saleho yang telah menerima Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 yang setara dengan Ijazah Am melalui Kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Satu majlis ringkas penyerahan diploma berkenaan telah dilakukan di Bilik Tetamu, Kolej Vokasional Tawau oleh Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy.

Seorang lagi guru, Encik Hashim Lahiban turut menerima DLKM Tahap 5 tetapi tidak dapat hadir semasa sesi penyerahan kerana komitmen tugas.

Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia milik Cikgu Sadri Saleho | Foto oleh Carlos George

Kaedah PPT adalah salah satu daripada tiga kaedah Persijilan Kemahiran Malaysia yang ditawarkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kaedah ini mengiktiraf kebolehupayaan, kemahiran dan tahap pengetahuan individu melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian. Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK. Sila rujuk: http://www.dsd.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan3/perkhidmatan/skm

Terdapat lapan (8) tahap persijilan dalam SKM iaitu:
SKM Tahap 1 - Peringkat Operasi & Pengeluaran (SKM)
SKM Tahap 2 - Peringkat Operasi & Pengeluaran (SKM)
SKM Tahap 3 - Peringkat Penyeliaan (SKM)
DKM Tahap 4 - Peringkat Penyeliaan (Diploma Kemahiran M'sia)
DLKM Tahap 5 - Peringkat Pengurusan (Diploma Lanjutan Kemahiran M'sia)
TKM Tahap 6 - Peringkat Pengurusan (Teknologi Kemahiran M'sia)
MKM Tahap 7 - Peringkat Teknologi Pakar (Malaysian Skills Master)
MTM Tahap 8 - Peringkat Senior Teknologi Pakar (Malaysian Skills Senior Technology Master)



Baca seterusnya »

KV Tawau FC Sekadar Seri dengan PAKOT FC

Lawrensa Allvianus, pemain tengah (dua dari kanan) mengawal bola sebelum melepasi salah seorang pemain PAKOT FC | Foto oleh Carlos George

Pasukan KV Tawau FC turun menentang Pasukan Persatuan Komuniti Tidung Tawau, Sabah (PAKOT) untuk perlawanan persahabatan ke-12 di Padang Kolej Vokasional Tawau pada Ahad, 24 April 2016 lalu.

PAKOT FC bermula garang dengan mendahului KV Tawau FC dengan jaringan 2-0 pada separuh masa pertama namun perubahan taktik dan pertukaran pemain di separuh masa kedua berjaya mengubah corak permainan KV Tawau FC. 

Dengan penguasaan bahagian tengah yang lebih baik di separuh masa ke-2, KV Tawau FC berjaya memperolehi sepakan penalti, namun gagal disempurnakan oleh Lawrensa. 

KV Tawau FC terus mengasak kubu pertahanan pihak lawan dan akhirnya berjaya menjaringkan dua gol dan seterusnya menyamakan kedudukan melalui pemain penyerang utama, Rozaini Risham, lapan minit sebelum perlawanan tamat.

Keputusan seri dalam perlawanan ini melengkapkan rekod lima kemenangan, empat kekalahan dan tiga seri, dalam 12 siri perlawanan persahabatan sejak 10 Januari 2016.

Rozaini Risham melepasi perangkap offside barisan pertahanan lawan sebelum menjaringkan gol kedua | Foto oleh Carlos George

PAKOT turut mengadakan perlawanan persahabatan bola tampar wanita menentang pasukan VOKTEK Kolej Vokasional Tawau yang berkesudahan, Pasukan Wanita PAKOT menang dengan keputusan 3-1.

Perlawanan bola tampar yang berlangsung di Gelanggang Bola Tampar, Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George


Pasukan Wanita PAKOT | Foto oleh Carlos George

Menurut Setiausaha Agung PAKOT, Encik Abd Malik Hj Yusof yang hadir untuk menyaksikan perlawanan bolasepak, acara berkenaan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan di Daerah Tawau dengan menjadikan PAKOT dan institusi pendidikan sebagai pemangkin untuk menjalin kerjasama dalam bentuk aktiviti sukan yang boleh dilakukan bersama-sama.

Abd Malik Hj Yusof (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Kapten Pasukan Bolasepak, Encik Syed Abdul Rahman Ahzar (kanan) sebelum perlawanan berlangsung di Padang KV Tawau.

Abd Malik Hj Yusof (kiri) menyampaikan cenderahati kepada jurulatih pasukan bola tampar KV Tawau, Encik Kholik Maming (kanan) sebelum perlawan bermula di Gelanggang Bola Tampar KV Tawau.


Baca seterusnya »

Program Kolaborasi KV Tawau dan SK Muhibbahraya

TEKUN | Peserta Kategori Umur 5 tahun memberi sepenuh tumpuan untuk mewarnakan gambar buah betik | Foto oleh Carlos George

Satu program kolaborasi pra sekolah antara Kolej Vokasional (KV) Tawau dan SK Muhibbahraya telah berlangsung di Dewan Terbuka Kemalasari, SK Muhibbaharaya pada Sabtu, 23 April 2016 dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Pertandingan berlangsung di Dewan Terbuka Kemalasari, SK Muhibbahraya, Tawau | Foto oleh Carlos George

Jumariah Tahang (duduk), antara pelajar Program ISK yang turut membantu menjayakan program ini | Foto oleh Carlos George

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna, pertandingan lari ikat kaki dan pertandingan mari makan pisang.

Seramai 75 orang pelajar pra sekolah diantara umur 4 hingga 6 tahun dilibatkan dalam program ini dan turut mendapat sokongan daripada ibubapa.

Program kolaborasi berkenaan dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar diploma tahun 2 Program Pengajian Awal Kanak-kanak untuk mendedahkan mereka kepada "Hands On Experience" bersama pihak luar. Selain itu, program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ibubapa dan pelajar serta guru.

Shamira Hassan (kiri) dan Jumirah Bahri (kanan), mengendalikan program ini selaku pengacara majlis | Foto oleh Carlos George

Bersedia untuk pertandingan seterusnya, Lari Ikat Kaki | Foto oleh Carlos George

Antara ibubapa yang hadir memberikan sokongan untuk program kolaborasi ini | Foto oleh Carlos George

Majlis Perasmian Penutupan program berkenaan telah disempurnakan oleh YDP PIBG KV Tawau, Encik Abd. Samat Bin Akui dan turut dihadiri oleh Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy.

Gambar kenangan perasmi, YDP PIBG KV Tawau, Encik Abd. Samat Bin Akui (duduk tengah) bersama Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy (duduk tiga dari kanan) dan Penolong Kanan Petang SK Muhibbahraya, Puan Helimah Hj. Jani (duduk dua dari kanan), Penyelia Prasekolah SK Muhibbahraya, Puan Zuliyah Isa (duduk kiri) bersama Ketua Jabatan Penjagaan dan Perkhidmatan Masyarakat, Puan Nare @ Nurizzati Ambotang (duduk kanan) | Foto oleh Carlos George 


Baca seterusnya »

Badi Penalti, KV Tawau Akur Di Tempat Ke-2

Muhammad Iman Hidayat (Jersi hijau, dua dari kiri) menggalas tugas sebagai pemain sayap kiri setelah Ahmad Fikhrullah mengalami kecederaan dalam peringkat suku akhir | Foto oleh Carlos George

Pasukan Bolasepak Bawah 18 Tahun Kolej Vokasional Tawau gagal dalam misi membawa kejuaraan peringkat MSS Daerah Tawau 2016 apabila tewas kepada Pasukan SMK Balung dalam perlawanan akhir melalui penentuan sepakan penalti yang berkesudahan 3 - 4.

Perlawanan akhir yang berlangsung di Padang SMK Kinabutan, Tawau berkenaan bermula sejurus tamat perlawanan akhir bawah 15 tahun diantara SMK Kinabutan dan SMK Islamiah, Tawau.

Pasukan KV Tawau yang dilanda masalah kecederaan sejak persaingan dalam peringkat kumpulan, turun keperlawanan akhir dengan semangat tinggi setelah berjaya mengharungi peringkat separuh akhir yang penuh debaran, menewaskan SMK Tawau dengan kemenangan tipis 2-1, setelah ketinggalan 1-0 pada babak pertama.


Gambar kenangan kedua-dau pasukan sebelum perlawanan bermula | Foto oleh Carlos George


Sesi bersalaman menunjukkan semangat kesukanan antara pemain | Foto oleh Carlos George

Perlawanan akhir menyaksikan penguasaaan SMK Balung pada babak pertama namun Pasukan KV Tawau terus bertahan dan mengukuhkan semula strategi dalam babak ke-2 tetapi SMK Balung yang sebelum ini meraih tempat ke perlawanan akhir melalui penentuan sepakan penalti menafikan usaha pasukan KV Tawau dan bertahan sehingga tamat masa tambahan untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti. 

Penjaga gol SMK Balung yang mempunyai pengalaman di peringkat negeri ternyata memberikan kelebihan kepada pasukan mereka apabila berjaya menepis dua sepakan dan seterusnya membantu pasukan SMK Balung untuk mempertahankan kejuaraan.

Trio jurulatih dan pengurus, (duduk dari kiri) Suhaibol Awang Besar, Muhammad Syahir Idris dan Lawrensa Alvianus Musa | Foto oleh Carlos George

Ketua jurulatih, Cikgu Lawrensia yang sempat ditemubual berkata, kekalahan ini mengingatkan kepada kekecewaan semasa Kejohanan VOKTEK tempoh hari yang turut kecundang dalam penentuan sepakan penalti. 

Mohd Syukri Baharun (dua dari kanan) cuba merampas bola dari penyerang SMK Balung | Foto oleh Carlos George

Walaubagaimanapun, pencapaian dalam Kejohanan MSS Daerah Tawau pada tahun ini boleh dibanggakan kerana tahun lepas, pasukan yang sama tidak berjaya melepasi peringkat suku akhir walaupun menamatkan peringkat kumpulan selaku juara (SMK Kabota Musnah Impian Skuad Bolasepak KV Tawau).

Tahniah kepada semua pemain dan barisan jurulatih kerana telah berusaha keras untuk mencapai kejayaan.


Baca juga:
http://kvtawau.blogspot.my/2014/04/sejarah-2010-berulang-pasukan-bolasepak.html


Baca seterusnya »

Taklimat Profesion Perakaunan Oleh MIA & ACCA

Gambar kenangan sebelum bertolak ke Kota Kinabalu. Dari kiri: Nurain Hasim, Nurul Azizah Rosman, Yusriana Payu, Vianah Toh, Jumarni Samsudin, Ibulan Roslee, Sarina Mail (Ketua Unit Perakaunan), Nur Aisyah Abdul Samat, Saidah Hannah Syuhada Indra, Nurkhalidah Ikhlas Abbas | Foto oleh Carlos George

Enam pelajar bersama seorang pensyarah, Cik Vianah Toh telah bertolak ke Kota Kinabalu pada 20 April 2016 untuk mengikuti Taklimat Profesion Perakaunan daripada Malaysian Institute of Accountants (MIA) dan ACCA (the Association of Chartered Certified Accountants) di MIA Sabah Regional Office, Damai Point Commercial Centre, Luyang.

Mereka akan berada di ibu negeri selama dua hari sehingga 22 April 2016.

Taklimat ini antara usahasama jangka panjang antara MIA dan ACCA melalui MOU yang terjalin sejak 2014.

Info lanjut: 
MIA AND ACCA SIGN AGREEMENT TO BENEFIT THOUSANDS OF FINANCE PROFESSIONALS


Baca seterusnya »

KVT Fashion Show 2016: Pamer Rekaan Pelajar dan Butik Tempatan

Gambar kenangan perasmi, TPA, pemilik butik terlibat dan para model selepas pertunjukkan berlangsung | Foto oleh Carlos George

Tawau: Unit Seni Reka Fesyen, Kolej Vokasional (KV) Tawau berjaya mempamerkan 28 buah rekaan fesyen daripada pelajar dan butik tempatan dalam pertunjukkan fesyen, KVT Fashion Show 2016, Di Dewan Tun Ahmadshah, KV Tawau pada 9 April 2016.


Antara tetamu kehormat yang hadir dalam program ini | Foto oleh Carlos George


Terima kasih diucapkan kepada perasmi, YDP Alumni, Hajah Salihah Haji Tahir (kanan) yang menerima cenderahati kenangan daripada Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Mansor (kiri)| Foto oleh Carlos George

Dengan menggunakan khidmat 28 orang model yang terdiri daripada 18 orang pelajar dan 10 model dari luar untuk memperagakan fesyen bertemakan Wedding Outfit dan Evening Wear, pertunjukkan ini turut disertai oleh empat butik tempatan iaitu Nanang Bridal, She'Izy Bridal, Sutera Inai dan NQ JuWen Couture.


Antara pakaian yang diperagakan semasa pertunjukkan fesyen berlangsung | Foto oleh Carlos George

Menurut Penyelaras Program, Puan Refah Saimon, pertunjukkan fesyen ini adalah untuk memenuhi Modul FD703 - Fashion Display dan Promotion dan dalam masa yang sama memberikan pengalaman kepada pelajar untuk merancang, mengurus dan melaksanakan program berkaitan bidang fesyen dan mendedahkan diri kepada dunia pekerjaan sebenar.

KVT Fashion Show 2016 dilaksanakan sepenuhnya oleh pelajar diploma tahun 2 Program Seni Reka Fesyen dengan bimbingan guru unit berkenaan.


Gambar kenangan perasmi, Hajah Salihah Haji Tahir (barisan kedua berdiri, enam dari kanan) bersama pentadbir, ketua jabatan, guru, model dan krew pelajar | Foto oleh Carlos George

Pertunjukan berkenaan dirasmikan oleh YDP Alumni KV Tawau, Puan Hajah Salihah Haji Tahir dan turut dihadiri Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Hj Mansor, Ketua Jabatan Penjagaan dan Perkhidmatan Masyarakat, Puan Nare @ Nurizzati Ambotang, Ketua Jabatan Hospitaliti, Puan Mariani Kisman dan wakil PIBG. 

Pertunjukan Fesyen ini telah dimuatkan ke dalam akhbar Borneo Post pada Sabtu, 16 April 2016, HOME Column.


Keratan akhbar 16 April daripada Borneo Post

Gambar lain semasa pertunjukkan berlangsung beolh dilayari di laman fanpage facebook blogkvtawau: https://www.facebook.com/blogkvtawau/photos/?tab=albums



Baca seterusnya »

Ceramah LHDN Perkasa Pengetahuan Pelajar

Pegawai LHDN yang memberikan ceramah, Cik Jumiati Binti Siji | Foto oleh Carlos George

Pegawai LHDN, Cik Jumiati Siji telah dijemput untuk memberikan ceramah berkenaan LHDN di Dewan Tun Ahmad Shah, pada 7 April lalu, bagi memperkasakan pengetahuan pelajar berkenaan Modul 6: Pengenalan Kepada Cukai Pendapatan dan Modul 7: Tanggungjawab Pembayar Cukai dalam subjek Tanggungjawab Pekerja dan Kepenggunaan (TPP).


Para pelajar diploma tahun 2 yang menyertai sesi ceramah ini | Foto oleh Carlos George

Ini merupakan lanjutan kepada siri ceramah sebelum ini (KWSP), atas inisiatif pensyarah Tanggungjawab Pekerja dan Kepenggunaan (TPP), Cikgu Adibah Aspah.

Oleh kerana, bulan April merupakan tempoh pengisian Borang BE Tahun Taksiran 2015, guru-guru turut mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai taksiran tahunan selepas beberapa penambahbaikan dilakukan selepas Belanjawan 2016 diumumkan.


Antara barisan pensyarah dan pentadbir yang menyertai sesi ceramah berkenaan. Dari kiri: Puan Chang On Ling, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Encik Doimeh Dolinting, Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Hj Mansor dan  Encik Hisyam Lee | Foto oleh Carlos George

Lima kelas terlibat dalam sesi ceramah ini, yang hadir bersama dengan guru/pensyarah masing-masing.


Mohd Khaikal (berdiri), antara pelajar yang sempat mengemukakan soalan semasa sesi ceramah berlangsung | Foto oleh Carlos George

Sesi ceramah berakhir kira-kira jam 12.00 tengahari.


Baca seterusnya »

Tahniah! Penerima APC 2015

Tahniah kepada semua penerima APC 2015 yang telah menerima surat penghargaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015 yang disampaikan oleh Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy (duduk dua dari kiri) | Foto oleh Carlos George

Tahniah diucapkan kepada semua 13 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2015 yang telah menerima surat penghargaan masing-masing dari Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy yang meluangkan masa untuk majlis penyerahan surat berkenaan, sebelum berangkat ke Kota Kinabalu untuk urusan rasmi.

Majlis penyerahan dilakukan di Bilik Unit Latihan Industri dan Dokumentasi | Foto oleh Carlos George 
Encik Rangiah, yang mengutamakan kebajikan para kakitangan Kolej Vokasional Tawau turut memberikan ucapan ringkas dalam majlis ini.

"Pemilihan kali ini adalah melalui pencalonan oleh panel yang telah dilantik berdasarkan kepada prestasi cemerlang para pensyarah dan anggota kumpulan pelaksana (akp). Pencalonan telah berjalan secara sistematik dan teratur dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang menerima APC untuk tahun 2015."

Ucapan ringkas dari Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah. Turut sama, TPSA, Encik Doimeh Dolinting | Foto oleh Carlos George

"Saya berharap agar semua pensyarah yang cemerlang ini, akan tambah cemerlang pada tahun ini. Kekalkan semangat berpasukan dan terus berikan yang terbaik untuk peningkatan prestasi dan imej Kolej Vokasional Tawau".

Encik Muslihadir Mase (dua dari kiri) menerima surat penghargaan daripada Encik Rangiah | Foto oleh Carlos George

BAKAL BERPENCEN | Encik Talip Marming (dua dari kiri) menerima surat penghargaan APC 2015 daripada Pengarah, Encik Rangiah (dua dari kanan) yang diiringi oleh TPA, Encik Azman (kiri) dan TPSA, Encik Doimeh (kanan) | Foto oleh Carlos George

Penerima lain APC 2015 ialah;
Encik Mohd Rasi Bin Solong,
Encik Ag Jamain Bin Ag Abdul Rahman,
Encik Azlan Bin Loti,
Encik Wan Shamsuhaimi Bin Musa,
Encik Ishak Bin Japar,
Puan Roscalia J. Baduk,
Cik Merlinda Binti Jahpar,
Puan Masriani Binti Salaki,
Puan Masneh Binti Sohide,
Encik Kassim Binti Dahirin,
Puan Norhaya Binti Nuljani.



Baca seterusnya »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Makluman Semasa BPTV






Cadangan dan Pertanyaan

Paling Popular

Komen Terbaru