Browse »
Home
» Archives for
February 2016
 |
| Wan Lukman |
 |
| Azman |
Kolej Vokasional Tawau berbesar hati menerima dua orang pelatih dari UTHM yang akan menjalankan latihan praktikal selama 5 bulan di Kolej Vokasional Tawau.
Mereka ialah Wan Lukman Hazrizi Bin Wan Abdullah dari Temerloh, Pahang dan anak jati Felda Umas, Tawau, yang juga merupakan bekas pelajar Kelas PKE1 tahun 2007, Azman Bin Hanafiah.
Kedua-dua pelatih ini dibawah pengajian Sarjana Muda Pendidikan Vokasional di UTHM.
Wan Lukman akan ditempatkan dibawah Kursus Seni Kulinari manakala, Azman akan ditempatkan dibawah Kursus Teknologi Elektronik.
Selamat datang dan semoga mendapat pengalaman terbaik sepanjang berada di Kolej Vokasional Tawau.
Baca seterusnya »
 |
| Ucapan Perpisahan semasa sesi Taklimat Guru pada 26 Februari 2016 di Bilik Mesyuarat BMG1. Dari kiri: Jalil Saari, Wellmexly Lojumin, Naizuwan Hashim Ramli dan Nuur Husna Baharudin. | Foto oleh Carlos George |
Semua guru yang berpindah berkuatkuasa 01 Mac 2016 telah diberikan peluang untuk memberikan ucapan perpisahan dalam sesi Taklimat Guru pada petang, 26 Februari 2016 di Bilik Mesyuarat BMG 1.
Mereka yang berpindah ialah Cikgu Jalil Saari, Cikgu Wellmexly Lojumin, Cikgu Naizuwan Hashim Ramli dan Ustazah Nuur Husna Baharudin.
Cikgu Jalil akan berpindah ke Kolej Vokasional Batu Pahat manakala Cikgu Wellmexly, Cikgu Naizuwan dan Ustazah Nuur Husna akan berpindah ke Kolej Vokasional Beaufort.
 |
| Penyampaian sijil penghargaan kepada yang berpindah, disampaikan oleh TPA, Encik Azman Hj Mansor (dua dari kanan) dan KJK, Encik Yahaya Ismail (dua dari kiri) kepada Cikgu Naizuwan dan Ustazah Nuur Husna sambil diiringi oleh Pengerusi KKRKVT, Encik Fadzilah Husin (kiri) | Foto oleh Carlos George |
 |
| KJK, Encik Yahaya memberikan ucapan selamat kepada Wellmexly sambil diperhatikan oleh TPA, Encik Azman | Foto oleh Carlos George |
Semoga kesemua guru ini akan meneruskan kecemerlangan di tempat yang baru dan dipermudahkan segala urusan.
Baca seterusnya »
 |
| Cik Darawati Pataruddin (tengah) menyampaikan cenderahati kenangan kepada pasangan suami isteri, Naizuwan Hashim Ramli (kiri) dan Nuur Husna Baharudin (kanan) yang bakal berpindah ke KV Beaufort berkuatkuasa 1 Mac 2016 | Foto oleh Carlos George |
Jabatan Penilaian dan Pentaksiran (JPP), Kolej Vokasional Tawau terpaksa menerima hakikat kehilangan Ketua Unit Pensijilan, Cikgu Naizuwan Hashim Ramli yang bakal berpindah ke Kolej Vokasional Beaufort bermula 01 Mac 2016.
Untuk meraikan perpindahan berkenaan, satu majlis ini telah dilangsungkan di Bilik Gerakan JPP pada Jumaat, 26 Februari 2016, lebih kurang jam 2:00 petang.
 |
| Cik Darawati menyampaikan ucapan alu-aluan dalam majlis berkenaan | Foto oleh Carlos George |
Dalam ucapan alu-aluan Majlis Perpisahan anjuran JPP berkenaan, Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran, Cik Darawati Pataruddin, berasa agak sedih kerana ini merupakan kehilangan yang ke-4 dalam masa 8 bulan sejak perpindahan Cikgu Sazarinah ke KV Beaufort pada Jun 2015.
Darawati yang telah mengendalikan urusan penilaian dan pentaksiran sejak kolej masih lagi menguruskan peperiksaan berkaitan SPM, sangat berterima kasih atas segala jasa dan komitmen yang telah dicurahkan oleh Cikgu Naizuwan selama ini. Dan kini, urusan pensijilan pasti memerlukan orang baru yang perlu dilatih untuk mempermudahkan urusan berkaitan.
 |
| Naizuwan Hashim semasa memberikan ucapan perpisahan dalam majlis berkenaan | Foto oleh Carlos George |
Naizuwan yang memberikan ucapan perpisahan mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa JPP yang sudi mengadakan majlis perpisahan untuknya. Dia turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cik Darawati yang telah banyak memberikan tunjuk ajar selama menguruskan urusan berkaitan SPM dan pensijilan.
"Walaupun saya berpindah, saya berharap agar orang yang bakal menggantikan saya untuk tugas Ketua Unit Pensijilan akan dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan dapat memudahkan pengurusan jabatan."
Turut sama mengiringi perpindahan berkenaan ialah isteri Naizuwan, Ustazah Nuur Husna Baharudin yang juga pernah bertugas sebagai Penyelaras Pentaksiran KV untuk SVM Tahun 1 sebelum ini.
 |
| Gambar kenangan bersama jawatankuasa JPP yang hadir dalam majlis berkenaan | Foto oleh Carlos George |
 |
| Menu istimewa Nasi Ayam merupakan hidangan yang menjadi pujian dalam majlis ini | Foto oleh Carlos George |
 |
| Abdul Alif (kiri), Sukma (tengah) dan Nusrah (kanan) sempat bergaya untuk kamera sambil menikmati makanan yang telah disediakan | Foto oleh Carlos George |
Baca seterusnya »
 |
| TPA, Encik Azman Mansor (berdiri) memberikan ucapan alu-aluan sempena Majlis Perpisahan Anjuran Jabatan Umum | Foto oleh Carlos George |
Jabatan Umum meraikan perpindahan tiga guru, Naizuwan Hashim Ramli, Nuur Husna Baharudin dan Wellmexly Lojumin yang bakal berpindah ke Kolej Vokasional Beaufort berkuatkuasa 01 Mac 2016.
Naizuwan yang telah berkhidmat lebih kurang 8 tahun 8 bulan di Kolej Vokasional Tawau sejak 25 Jun 2007 ternyata agak sedih ketika diberikan peluang memberikan ucapan perpisahan dalam majlis tersebut. Namun baginya, perpindahan ini adalah untuk menemankan dan meluangkan lebih banyak masa dengan ibubapanya yang kini mengalami masalah kesihatan.
 |
| Naizuwan Hashim Ramli bersama isteri, Nuur Husna semasa menyampaikan ucapan perpisahan dalam majlis berkenaan | Foto oleh Carlos George |
 |
| Wellmexly |
Wellmexly Lojumin yang berasal dari Kiulu, Tamparuli mengucapkan penghargaan kepada Jabatan Umum yang sudi meraikan perpindahannya. Menurut Wellmexly, dia sangat bersyukur setelah akhirnya berjaya untuk pindah setelah beberapa percubaan sejak 2012 tidak berjaya.
Walaubagaimanapun, dia masih terasa berat hati untuk meninggalkan Kolej Vokasional Tawau kerana 5 tahun 3 bulan berada di Kolej Vokasional Tawau sejak 22 November 2010, membuatkan dia menganggap Tawau sebagai rumah ke-2 selepas Tamparuli.
 |
| Antara guru/pensyarah Jabatan Umum yang sama-sama meraikan Majlis Perpisahan yang berlangsung di Bilik Guru Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George |
Nuur Husna yang turut memberikan ucapan perpisahan kelihatan lebih beremosi berbanding yang terdahulu, namun masih berjaya mengawal airmata daripada terus mengalir. Husna yang mula berkhidmat di Kolej Vokasional Tawau pada 28 Jun 2011, mengajar matapelajaran Pendidikan Islam walaupun mengkhusus dalam bidang lain semasa mengambil sarjana muda pendidikan.
 |
| Nuur Husna |
Merujuk kepada pengalamannya selama ini, Husna berasa amat bangga dan berterima kasih kerana berkesempatan untuk berkhidmat di Kolej Vokasional Tawau selama 4 tahun 8 bulan yang pastinya akan menjadi panduan apabila berkhidmat ditempat baru.
Selepas sesi ucapan, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dari Jabatan Umum, yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Hj Mansor.
Setiap unit dibawah Jabatan Umum turut memberikan hadiah masing-masing yang diwakili oleh Ketua Unit.
Berikut antara gambar-gambar penyampaian hadiah yang telah berlangusng dalam majlis berkenaan:
 |
| Wellmexly (kiri) menerima hadiah daripada Ketua Unit ES, Puan Cristine Tee (kanan) | Foto oleh Carlos George |
 |
| Jamuan Makan selepas sesi ucapan dan penyampaian hadiah tamat | Foto oleh Carlos George |
Terima kasih atas segala jasa yang telah diberikan kepada Jabatan Umum Kolej Vokasional Tawau, dan kepada kolej amnya, sepanjang berkhidmat disini. Semoga kesemua guru/pensyarah ini akan beroleh kejayaan dan berkhidmat dengan lebih cemerlang ditempat yang baru.
Baca seterusnya »
 |
| Banner Promosi Karnival VOKTEK 2016 oleh Carlos George |
Mesyuarat Karnival VOKTEK 2016 Peringkat Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang dihadiri oleh pengarah-pengarah KV-8 telah sebulat suara memutuskan untuk mengugurkan empat acara daripada lapan acara yang dipertandingkan dalam Karnival VOKTEK sebelum ini.
 |
| Mesyuarat berlangsung di Bilik Unit Latihan dan Dokumentasi Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George |
Mesyuarat yang berlangsung lebih kurang 3 jam ini dihadiri oleh Pengarah dari KV Tawau, KV Beaufort, KV Keningau, KV Likas, KV Kudat, KV Lahad Datu, TPSA KV Labuan dan KJK KV Sandakan.
Empat acara sukan dan persembahan yang terlibat iaitu Sofbol (Perempuan), Bola Tampar (Lelaki), Sepak Takraw (Lelaki) dan VOKTEK IDOL digugurkan bagi menampung kekangan kewangan yang dihadapi dalam penganjuran kali ini.
Walau bagaimanapun, tiga acara sukan tersebut akan diwakili oleh pasukan yang telah meraih gelaran terbaik pada peringkat kebangsaan tahun lepas secara otomatik. Mereka ialah Sofbol (Perempuan) dan Bola Tampar (Lelaki) diwakili oleh KV Kudat, manakala Sepak Takraw (Lelaki) akan diwakili oleh KV Beaufort dan KV Tawau.
Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy turut berbesar hati memberikan cenderahati kepada semua pengarah dan wakil pengarah, kerana ini adalah pertama kali Mesyuarat Pengarah KV-8 diadakan di KV Tawau semenjak beliau menjadi pengarah.
 |
| Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah menyampaikan cenderahati kepada Pengarah KV Beaufort, Encik Md Asri Alian | Foto oleh Carlos George |
 |
| Encik Rangiah menyampaikan cenderahati kepada Pengarah KV Keningau, Encik Johari Sabin | Foto oleh Carlos George |
 |
| Gambar kenangan Pengarah dan Wakil Pengarah KV-8 sempena Mesyuarat Karnival VOKTEK 2016 | Foto oleh Carlos George |
Baca seterusnya »
 |
| Nofyanti Dewi (berdiri tiga dari kiri) dari Kursus 1DVM ISK memerima hadiah penghargaan yang disampaikan oleh TPSA, Encik Doimeh Dolinting (dua dari kiri) sambil diiringi oleh Ketua Jabatan Umum, Encik Ishak Japar (kiri) | Foto oleh Carlos George |
Lebih kurang 30 orang pelajar dari semua kursus dari 2SVM, 1DVM dan 2DVM menerima penghargaan dari Unit Pendidikan Islam atas pencapaian terbaik dalam matapelajaran Pendidikan Islam bagi kursus masing-masing.
Majlis ini telah berlangsung semasa Majlis Perhimpunan Mingguan Kolej pada 22 Februari 2016.
Terdahulu, JAPINM dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam telahpun melaksanakan Program Bacaan Yasin Bulanan pada 15 Februari 2016, di Dewan Tun Ahmadshah yang diketuai oleh Ustaz Mohd Ridzuan Shah Yahya.
 |
| Ustaz Mohd Ridzuan Shah Yahya mengetuai Bacaan Yasin Bulanan untuk Bulan Februari | Foto oleh Carlos George |
 |
| Suasana dibahagian pelajar lelaki 2DVM semasa bacaan yasin berlangsung | Foto oleh Carlos George |
 |
| Antara pensyarah/guru perempuan yang turut menjayakan program ini | Foto oleh Carlos George |
Baca seterusnya »
 |
| Antara atlit yang terlibat dengan acara 4x100 meter terbuka di SMK Tawau. Asnawi (berdiri - tiga dari kanan) merupakan jurulatih bagi pasukan ini | Foto ikhsan Asnawi Ramlee |
Kolej Vokasional (KV) Tawau menghantar dua pasukan lelaki dan perempuan untuk menyertai Acara Jemputan 4x100 meter Terbuka di SMK Tawau sempena Sukan Tahunan SMK Tawau Kali ke 57.
Walaupun kedua-dua pasukan tidak berjaya membawa sebarang pingat, usaha dan semangat kesukanan yang ditunjukkan perlu mendapat pujian dan penghargaan kerana mereka telah memberikan persembahan yang terbaik untuk bersaing.
Catatan masa pasukan lelaki menduduki tempat ke-5 daripada 10 pasukan yang bertanding dalam acara terbuka ini. Tempat pertama dimenangi oleh Pasukan Track And Field Tawau.
Baca seterusnya »
 |
| Gambar kenangan Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy (duduk empat dari kiri), Timbalan Pengarah Akademik KV Tawau, Encik Azman Hj. Mansor (duduk empat dari kanan) dan Prof. Dr Raja Suzana Raja Kasim, Ketua Program Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang 2/2013 (UMK/KPTM) (duduk tiga dari kiri) bersama 14 pelajar Diploma Tahun Akhir Kursus Bakeri dan Pastri dari Kolej Vokasional Tawau | Foto ikhsan Azman Hj Mansor |
Program Bpreneur Muda UMK (Pemerkasaan Keusahawanan Belia Dari Komuniti Terpinggir) anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang 2/2013 (UMK/KPTM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah, telah berlangsung di Astana Hotel Tawau dari 4 - 8 Februari 2016.
Baca seterusnya »
 |
| Cik Darawati Pataruddin (kiri) menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Puan Kasiam Kasto (kanan) sempena Majlis Persaraan yang dianjurkan oleh JPP, KV Tawau pada 4 Februari 2016 | Foto oleh Carlos George |
Persaraan Puan Kasiam Binti Kasto telah diraikan oleh Jabatan Penilaian dan Pentaksiran (JPP) dalam suatu majlis jamuan di Bilik Gerakan JPP, KV Tawau pada 4 Februari 2016.
Puan Kasiam yang lebih mesra dengan panggilan Mami dikalangan warga Kolej Vokasional (KV) Tawau mula bertugas di SM Vokasional Tawau pada 29 Jun 1983 sebagai Pekerja Am Rendah.
Mami yang dilahirkan pada 9 Februari 1956, bakal bersara pada 8 Februari 2016, selepas hampir 33 tahun berkhidmat di Kolej Vokasional Tawau.
 |
| Gambar kenangan Jawatankuasa JPP bersama Mami dan suami yang turut hadir menjayakan majlis ini |
 |
| Jamuan makan adalah sumbangan ahli jawatankuasa JPP yang sama-sama menyediakan makanan dan minuman sempena majlis ini | Foto oleh Carlos George |
Majlis Persaraan yang dianjurkan oleh JPP KV Tawau ini merupakan penghargaan khas untuk Mami atas segala jasa yang telah dicurahkan kepada pihak JPP selama 3 tahun 5 bulan dan kolej secara amnya.
Sebelum ini, pihak JPP telahpun meraikan persaraan Puan Kasiam secara tidak rasmi semasa Sambutan Hari Keluarga JPP yang berlangsung di Pulau Bohey Dulang, Semporna.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Kasiam Kasto @ Mami yang selama ini telah memberikan kerjasama dan membantu melicinkan lagi proses pengurusan dan perjalanan penilaian dan pentaksiran Kolej Vokasional Tawau.
Baca seterusnya »