Makluman Penggunaan Nama Kelas Seragam

Jabatan
Nama Kursus
Persijilan
Kod Kursus

Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Teknologi Elektrik
SVM / DVM
ETE

Teknologi Elektronik
SVM / DVM
ETN
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
Teknologi Automotif
SVM / DVM
MTA

Teknologi Pemesinan Industri
SVM / DVM
MPI

Teknologi Kimpalan
SVM / DVM
MTK
Teknologi Kejuruteraan Awam
Teknologi Pembinaan
SVM / DVM
CTP
Perniagaan
Perakaunan
SVM / DVM
BAK
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
SVM / DVM
ISK
Hospitaliti dan Pelancongan
Seni Kulinari
SVM / DVM
HSK

Bakeri dan Pastri
SVM / DVM
HBP
Penjagaan dan Perkhidmatan Masyarakat
Fesyen dan Membuat Pakaian
SVM / DVM
JFS

Kosmetologi
SVM / DVM
JKM

Pengajian Awal Kanak-kanan
SVM / DVM
JKK


Menurut surat edaran BPTV [No. Rujukan: KPMSP.600-5/10/1(2)] untuk Pengetua SMT/Pengarah KV, pihak BPTV telah mengenalpasti kaedah terbaik untuk mengumpulkan data pelajar KV/SMT mengikut Program, Bidang serta Kursus melalui pendaftaran nama kelas seragam dalam Modul Pengurusan Murid SPS.

CARA PENAMAAN KELAS

Setiap kelas akan menggunakan kod kursus yang tertera dalam jadual diatas, menggunakan kaedah berikut:

Tahun Pengajian | Persijilan | Kod Kursus | Bilangan Kelas (sekiranya lebih dari satu kelas)

Sebagai contoh: Kursus Teknologi Pembinaan.

Untuk kursus Pra Diploma Tahun Satu, nama yang digunapakai ialah 1 SVM CTP
Untuk kursus Pra Diploma Tahun Dua, nama yang digunapakai ialah 2 SVM CTP
Untuk kursus Diploma Tahun Satu, nama yang digunapakai ialah 1 DVM CTP
Untuk kursus Diploma Tahun Dua, nama yang digunapakai ialah 2 DVM CTP


Penggunaan nama kelas yang baru ini akan berkuatkuasa pada tahun 2016 untuk kemaskini papan tanda nama kelas bagi Kolej Vokasional Tawau, tetapi dalam pendaftaran Modul Pengurusan Murid SPS, ianya telah dilaksanakan.

Harap maklum.

Rujukan: http://www.bptv.edu.my/v4/index.php/segera/348-kemaskini-konvensyen-penamaan-kelas-smt-kv


Baca seterusnya »

KV Tawau Tewaskan MRSM Dalam Perlawanan Persahabatan

Cosmas melakukan tendangan sambil dikawal oleh dua pemain lawan | Foto oleh Carlos George
Pasukan Ragbi KV Tawau menewaskan Pasukan MRSM Tun Mustapha, Tawau semalam, dalam perlawanan persahabatan di Padang Kolej Vokasional Tawau dengan jaringan 25 - 15.

Kedua-dua pasukan yang terikat 10-10 pada separuh masa pertama, bermain agak agresif dalam kedua-dua babak permainan tetapi tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Gambar kenangan sebelum perlawanan bermula kir-kira jam 4.00 petang | Foto oleh Mohd Jamree Abd Latief
Sesi pandangan dan komen oleh jurulatih, Cikgu Mohd Rasi Solong bersama Ustaz Mohd Jamree Abdul Latief semasa rehat selepas separuh masa pertama | Foto oleh Carlos George

Tahniah kepada pasukan Ragbi yang masih mengekalkan momentum kemenangan selepas berehat sejak Pertandingan VOKTEK Peringkat Kebangsaan di Perlis, bulan Mei lepas. 


Baca seterusnya »

Kaunselor Sekolah Input Diharap Bantu Perjelas Transformasi Pendidikan Vokasional

Gambar kenangan para pentadbir, Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy (duduk tengah), Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansor (duduk tiga dari kiri) dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Doimeh Dolinting (duduk tiga dari kanan) bersama para kaunselor. Turut sama ialah kaunselor Kolej Vokasional Tawau, Cikgu Nordayana Muhammad (berdiri dua dari kanan) dan Cikgu Ishak Mohammad (berdiri kanan) | Foto oleh Carlos George

Seramai 19 orang Kaunselor Sekolah dari sekolah-sekolah menengah Daerah Tawau telah menghadiri sesi Taklimat Kemasukan Pelajar Kolej Vokasional Ambilan Tahun 2016, semalam, di Bilik BMG 1, KV Tawau.

Semasa menyampaikan taklimat kepada Kaunselor Sekolah, Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy menyatakan bahawa bilangan permohonan online untuk enrolmen 2015 bagi KV Tawau sangat memberangsangkan, namun enrolmen selepas proses pendaftaran tidak mencapai sasaran.


Pengarah turut memaklumkan para kaunselor mengenai syarat umum dan syarat khusus pengambilan murid bagi tahun 2016 | Foto oleh Carlos George

Mungkin pada ketika ini, masih ramai yang beranggapan bahawa pendidikan vokasional adalah tempat bagi pelajar yang tidak berminat belajar dalam aliran akademik. Ini adalah antara anggapan atau presepsi pelajar dan masyarakat secara amnya, yang perlu diubah dengan bantuan Kaunselor Sekolah.

Oleh itu, penjelasan tepat mengenai Transformasi Pendidikan Vokasional dan peluang pekerjaan yang lebih baik berdasarkan kemahiran dan kelulusan peringkat diploma dari Kolej Vokasional amat diperlukan. "Masyarakat harus faham dengan keperluan pihak industri. Mereka memerlukan tenaga kerja terlatih yang berkemahiran.",jelasnya lagi.

"Di negara maju seperti Jerman dan Belanda, lebih 60% pelajar mengikuti aliran pendidikan vokasional kerana mereka sedar tentang keperluan kemahiran vokasional untuk mendapatkan pekerjaan".

Merujuk kepada hala tuju lepasan Diploma Kolej Vokasional iaitu 70% memasuki pasaran kerja, 20% melanjutkan pelajaran dan 10% menjadi usahawan, beliau yakin objektif ini akan tercapai berdasarkan kepada pencapaian semasa pelajar.

Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah menyerahkan sijil penghargaan dan cakera padat e-Profail Kolej Vokasional Tawau kepada Cikgu Noorifa Binti Che Haruna Rashid dari SMK Wakuba selepas sesi taklimat selesai sambil diiringi oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansor. Semua kaunselor yang hadir menerima sijil dan cakera padat masing-masing. | Foto oleh Carlos George

"Saya berharap agar para Kaunselor Sekolah akan dapat berkongsi maklumat ini dengan para pelajar terutamanya pelajar yang bakal menjalani PT3 pada tahun ini. Bawa pelajar melawat Kolej Vokasional Tawau supaya mereka turut mempertimbangkan peluang yang ditawarkan oleh Kolej Vokasional dalam mencorak masa depan mereka.", katanya lagi sebelum mengakhiri sesi taklimat beliau.


Taklimat ini diakhiri dengan Penyerahan Sijil Penghargaan dan Cakera Padat e-Profail Kolej Vokasional Tawau.




Baca seterusnya »

Projek Kosmetologi Buat Warga Tua Terharu

TERHARU | Pakcik Wak (tengah) merupakan warga paling tua di Rumah Warga Tua Air Panas, Tawau berumur 102 tahun | Foto oleh Norasyikin Barahim

21 orang pelajar Diploma Tahun 1 Program Kosmetologi, Kolej Vokasional Tawau bertandang ke Rumah Warga Tua, Air Panas, Tawau untuk melaksanakan Projek Perkhidmatan Refleksiologi dan Scrub Tangan dan Kaki untuk warga tua di premis berkenaan.

Menurut maklumat daripada Cikgu Rokiah Hashim, projek ini adalah projek kedua untuk Modul HKM 604 dalam Program Diploma Kosmetologi dan dipengerusikan oleh Sinawati Martin, pelajar Diploma Tahun 1.

Tambahnya lagi, disamping merasa seronok kerana kehadiran pelawat yang ramai, ada dikalangan warga tua yang sangat terharu sehingga mengeluarkan air mata. "Ini first time ada pelawat yang buat service begini.", kata salah seorang daripada mereka. 


TERIMA KASIH | Pelajar merakam gambar kenangan bersama Uncle yang sempat berkongsi pengalaman menjelajah ke 30 buah negara sebagai chef | Foto oleh Norasyikin Barahim

Seramai 31 orang warga tua telah menerima perkhidmatan ini daripada para pelajar yang terlibat.


Perkhidmatan refleksiologi | Foto oleh Norasyikin Barahim


Perkhidmatan Scrub Kaki | Foto oleh Norasyikin Barahim


Mengurut kaki sambil beramah mesra dengan warga tua | Foto oleh Norasyikin Barahim

Produk Bantal yang dihasilkan oleh warga tua dan dijual di premis berkenaan | Foto oleh Norasyikin Barahim

Projek serampang dua mata yang memfokuskan kepada aplikasi kemahiran pelajar sambil menerapkan nilai kemanusiaan ini merupakan antara usaha Program Kosmetologi untuk menyokong Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia melalui Anjakan ke-3 dan ke-9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Gambar kenangan bersama staf dan warga tua selepas sesi perkhidmatan tamat | Foto oleh Norasyikin Barahim


Penyerahan plak cenderakenangan dari Cikgu Rokiah Hashim yang mewakili pihak Kolej Vokasional Tawau kepada pegawai kebajikan yang bertugas, Encik Safuan | Foto oleh Norasyikin Barahim

Baca seterusnya »

Pameran Outreach KV Tawau di SMK Balung

Gambar kenangan Ketua Unit Psikologi dan Kerjaya, Cikgu Nordayana Muhammad bersama pelajar semasa pameran di SMK Balung | Dari kiri: Raymond Chee Seng Hoong (DKV1 HBP), June Quelistha Jaifol (DKV KSK), Nordayana Muhammad, Nur Fatihah Acho (2KV HAK), Mohd Saif Arbain (DKV MTA), Mohd Saiful (DKV MTA) | Foto dari Nordayana Muhammad

Jawatankuasa OUTREACH Kolej Vokasional (KV) Tawau menyertai Pesta Pendidikan dan Kerjaya SMK Balung hari ini, 26 Ogos 2015 untuk mempromosikan kursus yang ditawarkan di KV Tawau.

Para pelajar SMK Balung sedang menerima maklumat sambil melihat demontrasi yang ditunjukkan oleh pelajar di gerai pameran Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Nordayana Muhammad


Jawatankuasa OUTREACH di bawah Unit Psikologi dan Kerjaya (UPK) ini membawa bersama tujuh orang pelajar untuk membantu melancarkan aktiviti demontrasi semasa pameran berlangsung. Antara yang dipamerkan ialah bahan dari Bakeri dan Pastri, Kosmetologi, Teknologi Automotif dan Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak.

Mohd Saiful menunjukkan cara mengesan kerosakan pada lampu isyarat belakang kenderaan | Foto oleh Nordayana Muhammad


Baca seterusnya »

Guru Baru Hadiri Kursus Protokol & Etiket

TAHNIAH | Para peserta Kursus Protokol dan Etiket menunjukkan sijil kursus bersama Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy (tengah) dan Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansor (lima dari kiri) | Dari kiri: Nor Aisyah Anuar, Azlinah Abd Majid, Abdul Alif Abdul Marit, Ishak Mohammad, Sukma Anuar, Nur Ilham Malihah Adnan, Wong Yun Shing dan Scholastica Dalius. Turut sama, Cikgu Mohd Hatta Hassan (lima dari kanan). | Foto oleh Sadri Saleho  

Kursus Protokol dan Etiket untuk guru baru telah berlangsung pada 26 Ogos 2015 di Pusat Sumber, Kolej Vokasional (KV) Tawau. Kursus anjuran Unit Perhubungan Awam, KV Tawau ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Cikgu Mohd Hatta Hassan menyampaikan ceramah Pengurusan Majlis Rasmi | Foto oleh Sadri Saleho

Seperti dalam kursus yang sebelumnya, penceramah utama untuk kursus ini ialah Cikgu Mohd Hatta Bin Hassan. Kursus dibahagikan kepada dua slot ceramah/taklimat bertajuk Pengurusan Majlis Rasmi dan Pengurusan Diri Dalam Majlis Rasmi.

Penyelaras Unit Perhubungan Awam, Encik Shamsuddin Ibrahim menyampaikan maklumat am mengenai kursus yang akan dijalani oleh para peserta sebelum sesi ceramah bermula

Slot Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansor | Foto oleh Sadri Saleho

Ucapan daripada Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah semasa majlis penutupan kursus | Foto oleh Sadri Saleho

Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy yang berucap dalam majlis penutupan kursus, berkongsi pengalaman selama 30 tahun berkhidmat dalam bidang pendidikan. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta dan berharap agar pengetahuan dan perkongsian ilmu yang diperolehi dalam kursus ini diaplikasikan dan diamalkan semasa berada di majlis-majlis rasmi dan semasa bertugas.


Laporan dan maklumat oleh:
Cik Sadri Saleho,
S/U Unit Perhubungan Awam
Kolej Vokasional Tawau.


Baca seterusnya »

Ceramah Keselamatan Oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Tawau

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Tawau, Tuan Mohd Razali Bin Ahmad semasa menyampaikan Ceramah Keselamatan di Dewan Tun Ahmad Shah, Kolej Vokasional Tawau hari ini | Foto oleh Carlos George

Unit Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kolej Vokasional Tawau dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Daerah Tawau telah mengadakan Ceramah Keselamatan di Dewan Tun Ahmad Shah, Kolej Vokasional Tawau pada hari ini, semasa perjumpaan bulanan Unit Beruniform.

Program ceramah yang bermula kira-kira jam 8.00 pagi ini menumpukan kepada persiapan menghadapi kecelakaan dan langkah-langkah yang perlu diambil semasa menghadapi masalah berkaitan keselamatan. Sebelum ceramah bermula, satu tayangan video disajikan kepada para pelajar untuk mendapat maklumat umum tentang aktiviti dan kerjaya bomba pada masa kini.

Slot ceramah oleh Ketua Balai JBPM Tawau dibantu oleh Pegawai Bomba Bahagian Unit Latihan JBPM Tawau, Encik Awang Jamri Bin Lamsin | Foto oleh Carlos George

Semasa sesi ceramah, Tuan Mohd Razali Ahmad yang berasal dari Papar, Sabah menerangkan serba sedikit tentang unit-unit khas dalam JBPM antaranya HAZMAT, RTA – Road Traffic Accident, Penyelamatan bangunan tinggi, Penyelamatan cerun, RIM – Rapid Intervention Motorcycle, Kebakaran Hutan, Unit Udara, Unit Pengesan K-9, Unit Menyelamat Dalam Air (SCUBA), Multi Skilled Team (MUST), MERS – Medical Emergency Rescue Services dan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).

Terkini, JBPM terlibat dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy - NBOS), Goverment Intergrated Radio Network (GRIN) dan Malaysia Emergency Respon System (MERS).

Antara slaid yang ditayangkan semasa sesi ceramah berlangsung | Foto oleh Carlos George
Program ceramah yang dijangka akan menjalankan demontrasi memadam kebakaran terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, maklumat yang disampaikan sangat bermanfaat kepada semua warga kolej yang menyertai sesi ceramah ini. 

Sebagai menghargai kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Tawau, Cikgu Awalluddin Misran, yang mewakili pihak pentadbir menyampaikan cenderahati kenangan kepada Tuan Mohd Razali Ahmad, dan pihak JBPM turut menyampaikan cenderakenangan kepada pihak kolej.

Cikgu Awalluddin Misran menyampaikan cenderahati kenangan kepada Tuan Mohd Razali | Foto oleh Carlos George

Tuan Mohd Razali menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Awalludin, sambil diiringi oleh Encik Awang Jamri | Foto oleh Carlos George

Terima kasih diucapkan kepada pihak JBPM Daerah Tawau, terutamanya Ketua Balai, Tuan Mohd Razali Ahmad yang sudi turun padang untuk menyampaikan ceramah kepada para pelajar Kolej Vokasional Tawau.



Baca seterusnya »

KAPA KV Tawau ke Perkhemahan Bersepadu Antara KV Peringkat Kebangsaan 2015

Rombongan peserta Perkhemahan Bersepadu Antara KV Peringkat Kebangsaan 2015 bersama Ketua Guru Penasihat, Cikgu Norhayati Amir dan guru pengiring, Cikgu Kholik Marming sebelum berangkat ke Kota Kinabalu | Foto oleh Carlos George

Persatuan Kadet Pertahanan Awam (KAPA) Kolej Vokasional (KV) Tawau bersama pasukan KAPA KV Keningau akan mewakili Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan ke Perkhemahan Bersepadu Antara KV Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), Desa Rimba, Kuala Kangsar, Perak.

Penganjur perkhemahan ini ialah Kolej Vokasional Gerik.

Kolej Vokasional Tawau menghantar 18 peserta lelaki yang diiringi oleh Cikgu Kholik Marming dan Cikgu Mohd Hilmi Yop. Para peserta ini akan disertai oleh peserta perempuan dari KV Keningau.

Mereka akan bertanding dalam lima kategori pertandingan dalam perkhemahan ini iaitu Bantu Mula, Ikatan dan Simpulan, Kawad Kaki, Masakan Rimba dan Gajet. 

Menurut Cikgu Norhayati Amir, walaupun ini merupakan penyertaan kali pertama, pasukan 18 pelajar ini telah menjalani latihan intensif selama 2 minggu sebagai persediaan untuk mencipta nama diperingkat kebangsaan. "Kita akan cuba untuk menang mana-mana kategori bersandarkan kepada kualiti yang kita ada.", jelasnya.


Baca seterusnya »

Terima Kasih Guru ROS

Penyerahan salinan Laporan Akhir OBS dari Mohd Azmi Abdul Rahman (tiga dari kanan) kepada Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansor (tiga dari kiri). Turut sama (dari kiri) Salina Fazli, Masni Rahman, Shafiqah Eddy Wiyono dan Sitti Maemuna Mapasisi | Foto oleh Carlos George

Terima kasih diucapkan kepada semua guru pelatih dari Program Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang telah selesai menjalani Orientasi Budaya Sekolah (OBS). (Rujuk entri: KV Tawau Terima Sembilan Guru Pelatih UTHM)

Semasa mengumpul bahan untuk menyiapkan laporan OBS, para pelatih ini telah menyumbangkan tenaga untuk membantu Unit Sejarah dalam pemasangan bendera sempena Bulan Kebangsaan dan menyediakan bahan kursus ES untuk Unit Employability Skills (ES). Selain daripada itu, mereka turut sama memeriahkan Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kolej Vokasional Tawau. 

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua guru pelatih ini dan semoga perjalanan karier anda semua sebagai guru mendapat keberkatan dariNya.  


Baca seterusnya »

Pertandingan Komik Strip Anjuran PPDa


PPDa atau Pendidikan Pencegahan Dadah dengan kerjasama Blog KV Tawau akan menganjurkan Pertandingan Komik Strip sempena Bulan Kemerdekaan dengan tema "Sehati Sejiwa Tanpa Dadah" bermula 20 Ogos 2015.


Apa itu komik strip? Komik strip adalah komik yang singkat, mempunyai jumlah panel/kolumn/bingkai antara 1 hingga 8 panel/kolumn/bingkai, tidak mempunyai sambungan (langsung tamat), dan biasanya bercerita tentang humor/lucu.

Syarat pertandingan:
Komik digital menggunakan foto
  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga Kolej Vokasional Tawau tanpa sebarang yuran penyertaan.
  2. Tema "Sehati Sejiwa Tanpa Dadah".
  3. Karya boleh dalam bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
  4. Komik harus diberikan judul.
  5. Dibenarkan untuk menghasilkan komik secara digital. 
  6. Komik boleh diwarnakan ataupun dalam hitam putih.
  7. Jumlah kolumn/panel/bingkai bebas mengikut kreativiti masing-masing dengan syarat tidak melebihi SATU muka surat A4.
  8. Komik haruslah dalam format portrait (menegak).
  9. Komik haruslah dihasikan daripada idea asli, tidak diambil atau dicedok dari mana-mana dan belum pernah diterbitkan di mana-mana.
  10. Kriteria pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti, bertepatan tema, keaslian, komunikatif serta mempunyai nilai pengajaran. Ini akan dinilai oleh pihak juri.
  11. Tarikh tutup penyertaan ialah 15 September 2015.
  12. Hantarkan penyertaan anda kepada Cikgu Carlos George untuk tindakan selanjutnya.
  13. Sertakan maklumat berikut:
  14. Karakter kartun
    • Nama penuh (wajib)
    • Nombor kad pengenalan (wajib)
    • Nama kursus (wajib)
  15. Komik yang dihantar akan menjadi hak milik penganjur secara mutlak. Pihak penganjur berhak untuk menerbitkan karya tersebut tanpa persetujuan perserta.
  16. Hadiah tidak dapat ditukar dalam bentuk apa pun.


Hadiah:
Tempat Pertama
Wang tunai RM50.00 berserta sijil penghargaan

Tempat Ke-2
Wang tunai RM30.00 berserta sijil penghargaan

Tempat Ke-3
Wang tunai RM20.00 berserta sijil penghargaan

Semua komik pemenang akan disiarkan dalam Blog KV Tawau.



Baca seterusnya »

KV Tawau Terima Tujuh Guru Baru

Kolej Vokasional Tawau menerima tujuh orang guru baru yang masing-masing telah melapor diri pada sejak Isnin, 17 Ogos dan yang terakhir, 18 Ogos 2015, semalam. Guru-guru ini adalah graduan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim Perak dan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Warga Kolej Vokasional Tawau mengalu-alukan kedatangan guru baru ini. Salam perkenalan dan selamat bertugas...

Seorang lagi guru, Nusrah Binti Yasin masih belum melaporkan diri dan dimaklumkan baru bersalin pada 13 Ogos 2015.
................................................................................................


Nama: Abdul Alif Bin Abdul Marit
Asal: Batu 5, Kg. Lintas Sibuga, Sandakan, Sabah
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ERT) UPSI / Minor: Seni Tari
Kursus: Fesyen dan Pembuatan Pakaian (HFP)





NamaSukma Binti Anuar
Asal: Taman Semarak, Tawau, Sabah
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ERT) UPSI / Minor: Kemahiran Hidup
Kursus: Seni Kulinari (HSK)





NamaNor Aisyah Binti Anuar
Asal: Batu 25, Kg. Pertanian, Sandakan, Sabah
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (SRT) UPM
Kursus: Bakeri dan Pastri (HBP)





NamaWong Yun Shing
Asal: Taman Bahagia, Tenom, Sabah
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ERT) UPSI / Minor: Keusahawanan
Kursus: Kosmetologi (HKM)






NamaScholastica Dalius
Asal: Kg. Togop Darat, Ranau, Sabah
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ERT) UPSI / Minor: Kemahiran Hidup
Kursus: Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak (HAK)





NamaIshak Bin Mohammad
Asal: Pasir Mas, Kelantan
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) UPM / Minor: Perdagangan
Unit: Psikologi dan Kerjaya (Kaunselor)




Nama: Nur Ilham Malihah Binti Adnan
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu (Menetap di Selangor)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (SRT) UPM
Kursus: Belum ditetapkan oleh pentadbir










Baca seterusnya »

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan 2015

Cikgu Darawati Pataruddin (kiri) bersama Cikgu Mariani Kisman (kanan) menyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan penuh semangat semasa Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaaan | Foto oleh Carlos George
Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang diwar-warkan sebelum ini, telah dilancarkan dengan meriah dan penuh semangat oleh warga Kolej Vokasional Tawau, semalam.

Bulan Kemerdekaan anjuran Unit Sejarah dengan kerjasama Unit Kelab dan Persatuan, Unit Psikologi dan Kerjaya dan Unit Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan berlanjutan selama 4 minggu sehingga 14 September 2015.

Antara pelajar perempuan Kolej Vokasional Tawau yang seronok mengibarkan bendera semasa lagu Jalur Gemilang dinyanyikan | Foto oleh Carlos George

Bulan Kemerdekaan ini menampilkan beberapa kempen dan pertandingan peringkat dalaman. (Sila rujuk entri: http://kvtawau.blogspot.com/2015/08/bulan-kemerdekaan-bakal-dilancarkan-17.html)

Majlis Pelancaran dimulakan dengan ucapan penyelaras, Cikgu Rahimah Ali Taupah yang turut memberikan penerangan tentang aktiviti yang akan berlangsung sepanjang Bulan Kemerdekaan diikuti oleh ucapan perasmian daripada Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy.

Penyelaras, Cikgu Rahimah Ali Taupah menyampaikan ucapan dan penerangan tentang aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan | Foto oleh Carlos George

Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah menyampaikan ucapan perasmian | Foto oleh Carlos George

Dalam ucapan pengarah, beliau mengatakan bahawa sambutan bulan kemerdekaan ini bukan sekadar mengibarkan bendera tetapi setiap warga KV Tawau perlu menghayati perjuangan tokoh-tokoh sebelum ini dalam mendapatkan kemerdekaan. "Perjuangan mendapatkan kemerdekaan bermula dengan kesedaran yang diilhamkan melalui pendidikan."

"Dalam konteks Kolej Vokasional Tawau, kita perlu memahami, menghayati dan menunjukkan semangat kemerdekaan ini dalam bentuk tindakan. Semangat kecintaan terhadap kolej perlu ditanam, disemai dan disemarakkan. Tunjukkan kepada semua orang bahawa Kolej Vokasional Tawau ialah kolej yang Unggul.", tambahnya lagi.

Beliau turut meminta pihak penganjur untuk melanjutkan tarikh majlis perasmian penutupan bulan kemerdekaan ini ke 17 September 2015 untuk sama meraikan Hari Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Kemudian, Encik Rangiah yang diiringi oleh Ketua Jabatan Umum, Encik Ishak Japar menyempurnakan gimik perasmian. Dalam masa yang sama, bendera negeri-negeri dalam Malaysia diarak masuk dan seluruh warga dewan menyanyikan tiga buah lagu iaitu lagu tema hari kebangsaan 2015 #sehatisejiwa, lagu Warisan dan lagu Jalur Gemilang.


Acara gimik perasmian, pemotongan reben yang disempurnakan oleh Encik Rangiah | Foto oleh Carlos George


Tahniah!! Acara perasmian telah disempurnakan | Foto oleh Carlos George


Perarakan masuk bendera Malaysia bersama bendera negeri dalam Malaysia oleh para pelajar yang didahului oleh Tajuddin Ali Bangsa | Foto oleh Carlos George

Suasana semasa lagu Jalur Gemilang dinyanyikan | Foto oleh Carlos George

Cikgu Sharliza Azari (dua dari kanan) dan Cikgu Mardiah Mokthar (kanan) sempat melihat kamera semasa menyanyikan lagu Warisan | Foto oleh Carlos George


Baca seterusnya »