Perpindahan Guru: Cikgu Sazarinah Ke KV Beaufort

Sazarinah Lapisik
Cikgu Sazarinah Binti Lapisik bertukar angin ke Kolej Vokasional Beaufort setelah permohonan untuk bertukar diluluskan melalui surat bertarikh 05 Jun 2015, berkuatkuasa 14 Jun 2015.

Masih bujang dan berusia 27 tahun, permohonan pertukaran ini adalah atas dasar suka sama suka dengan guru yang bakal menggantikan tempat Cikgu Sazarinah iaitu Cikgu Kusmawatie Binti Dahan yang berasal dari Tawau.

Cikgu Sazarinah yang berasal dari Daerah Ranau, mesra dipanggil Nana dikalangan rakan sekerja. Cikgu Nana merupakan guru Bahasa Melayu dan mula bertugas di Kolej Vokasional Tawau pada 11 Mac 2013 sebagai guru Interim. Setelah diserap masuk ke dalam jawatan tetap pada tahun berikutnya, Cikgu Nana meneruskan tugas dengan lebih komited dan berdedikasi.

Selama lebih kurang 2 tahun 3 bulan berada di Kolej Vokasional Tawau, Cikgu Nana bergerak aktif dibawah Persatuan Pengakap dan terlibat dalam penghantaran bantuan kepada mangsa kebakaran di Tanjung Batu Laut pada tahun lepas dan turut menyertai CAMPOREE Tawau Kali Ke-5 pada bulan Mac yang lalu. Selain itu, Cikgu Nana juga bertugas dengan cemerlang dibawah Unit Penilaian, Jabatan Penilaian dan Pentaksiran (JPP).


Gambar semasa hari pertama bertugas di Kolej Vokasional Tawau pada 11 Mac 2013, Cikgu Sazarinah (dua dari kiri) bersama Cikgu Mardiah (kiri), Cikgu Refah (dua dari kanan) dan Cikgu Sharliza (kanan) | Foto oleh Carlos George
Gambar kenangan Cikgu Sazarinah (bertudung ungu) bersama barisan pelajar MPP dan PRS semasa lawatan rombongan pelajar dan guru dari SMK Kalabakan | Foto oleh Carlos George

Cikgu Nana yang telah diberikan peluang untuk berucap dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Kolej semalam, merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakan sekerja terutamanya Ketua Jabatan Umum dan Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran yang banyak memberikan peluang, pendedahan dan tunjuk ajar selama berkhidmat disini.


Cikgu Sazarinah semasa memberikan ucapan dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Kolej semalam... | Foto oleh Carlos George

Walaupun nada ucapan bersulam rasa sebak, Cikgu Nana turut menyampaikan nasihat untuk semua pelajar yang disayangi, "Tugasan Jangan Tertangguh, Walaupun Pahit, Ianya akan memberikan kebaikan dikemudian hari.."..

Semoga Cikgu Sazarinah meneruskan kecemerlangan di tempat yang baru dan dipermudahkan segala urusan...

Kepada yang ingin menghubungi Cikgu Sazarinah melalui facebook, sila klik https://www.facebook.com/nana.sazarinah?fref=ts.

Update 3 Julai 2015:
Gambar semasa thumbprint terakhir di Kolej Vokasional Tawau - 2 Julai 2015.





Baca seterusnya »

Bahasa Arab dan Bahasa Cina Bermula Minggu Ini!!!

Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Bin Mansur semasa menyampaikan maklumat mengenai Modul Akademik Bahasa Perniagaan kepada pelajar Program Diploma di Dewan Tun Ahmad Shah , semalam | Foto oleh Carlos George

Dibawah Kurikulum Kolej Vokasional, setiap pelajar Program Diploma diwajibkan untuk mempelajari Modul Akademik Bahasa Perniagaan, dalam konteks Kolej Vokasional Tawau pelajar perlu memilih antara Bahasa Arab atau Bahasa Cina.

Pelajar yang sudah mempunyai asas dalam kedua-dua bahasa ini diberikan keutamaan untuk memilih bahasa pilihan masing-masing.

Antara pelajar lelaki yang memilih Bahasa Cina (Mandrin) sebagai pilihan mereka dalam Modul Akademik Bahasa Perniagaan
Modul Bahasa Perniagaan akan bermula minggu ini dengan peruntukan 3 jam perjumpaan/seminggu. Bahasa Arab diletakkan dibawah kendalian Ustaz Mohd Jamree Bin Abd Latief manakala Bahasa Cina dibawah kendalian Cikgu Lim Lay Yong.

Antara senarai nama pelajar yang memilih Bahasa Arab sebagai pilihan mereka...


Baca seterusnya »

Taklimat Pembinaan Item Untuk Program Diploma

Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman semasa menyampaikan Taklimat Pembinaan Item | Foto oleh Carlos George

Taklimat Pembinaan Item untuk Program Diploma telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Mansur dalam sesi taklimat yang berlangsung di Bilik BMG1, pada 26 Jun lepas.

Menurut Encik Azman, semua guru/pensyarah dalam setiap program/kursus dalam kolej vokasional di seluruh Malaysia diwajibkan untuk bekerjasama menyediakan item bagi Bank Soalan untuk tujuan penyediaan Item Penilaian Akhir.

Antara maklumat yang disampaikan ialah Carta Alir Pembinaan Item, Proses Kerja Pembinaan Item, Skop Tugas Ketua Panel Pengubal Soalan (KPPS) dan Skop Tugas Penolong KPPS.

Menyentuh tentang punca pembinaan item untuk Bank Soalan, antaranya ialah terdapat beberapa individu yang telah menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap item Penilaian Akhir kerana hanya beberapa buah kolej vokasional yang tertentu sahaja yang terlibat.

Penyediaan item juga akan melibatkan pemantauan daripada pihak Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dari masa ke semasa.

Tarikh akhir penyerahan item ditetapkan pada 29 Julai 2015 bagi proses penyemakan oleh KJPP Zon.

Turut dimaklumkan semasa taklimat ini berlangsung ialah:

  • Para guru/pensyarah perlu kemaskini e-operasi seboleh-bolehnya sebelum Cuti Hari Raya Aidilfitri
  • Bayaran Pembetulan Markah Pelajar: RM50.00
  • Bayaran Pembetulan Maklumat Calon: RM30.00



Baca seterusnya »

Selamat Menjalani Latihan Industri!!

Liyana Donny
Kolej Vokasional Tawau berbesar hati menerima pelatih dari Politeknik Mukah, Sarawak iaitu Liyana Binti Donny yang akan menjalani latihan industri selama lima bulan bermula Isnin lepas, 22 Jun 2015.

Liyana merupakan pelajar Program Diploma Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Mukah.

Liyana berasal dari Tanjung Batu Laut, Tawau dan adalah bekas pelajar SMK Pasir Putih, Tawau.

Dalam masa lima bulan ini, Liyana akan ditempatkan di Bilik Juruteknik bersebelahan Bilik Cetak Kolej Vokasional Tawau.







Baca seterusnya »

Proses Penyelanggaraan Flat Bermula...

Antara pekerja yang membuka bekas tampalan tar yang digunakan untuk menutup laluan air yang menembusi lantai konkrit dan menitis melalui siling | Foto oleh Carlos George

Proses penyelenggaran tiga bangunan flat Kolej Vokasional Tawau iaitu Flat Rindu 1 hingga Rindu 3 bermula Isnin lepas, 22 Jun 2015. Proses penyelenggaran kali ini melibatkan pembaikan keretakan pada lantai bumbung paling atas dan juga penggantian saluran paip serta pili air.

Air yang melimpah daripada tangki simpanan di tingkat paling atas menyebabkan lelehan air melalui rekahan lantai bumbung dan menitis pada siling flat di tingkat 4 | Foto oleh Carlos George

Kali terakhir penyelenggaran dilakukan ialah pada tahun 2011 yang hanya melibatkan penggantian pintu.


Baca seterusnya »

Terima Kasih Pelatih VTO CIAST!!!

TERIMA KASIH | Pengarah, Encik Rangiah (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada Azizul Bin Maidin [MTK] (dua dari kanan) sebagai tanda penghargaan dengan ucapan tahniah kerana telah berjaya menghabiskan tempoh latihan VTO di Kolej Vokasional Tawau. Turut sama ialah Timb. Pengarah Akademik, Encik Azman Mansur (dua dari kiri), Muhadir Bin Mohd Nawir [MPI] (kiri), Muhammad Hejiron Bin Harun [SISKOM] (kanan).

Terima kasih diucapkan kepada para pelatih VTO dari CIAST yang telah menyumbangkan tenaga dalam beberapa aktiviti yang dijalankan di Kolej Vokasional Tawau disamping menghabiskan masa latihan 720 jam sejak 5 Januari yang lalu.

Tiada dalam gambar ialah Ashmawi Bin Abdul Latif (WTP) yang telah kembali ke pusat latihan bertempat di Johor kerana menjalani ujian bertulis.

Maklumat lanjut mengenai VTO boleh dilayari disini: http://www.ciast.gov.my/v3/index.php/kursus/vto


Baca seterusnya »

Taklimat PBPPP: Instrumen Keberhasilan

Encik Yahaya semasa menyampaikan Taklimat PBPPP di Bilik BMG 1 | Foto oleh Carlos George

Taklimat disampaikan oleh Ketua Jaminan Kualiti, Encik Yahaya Ismail pada 19 Jun 2015 yang secara ringkasnya meminta semua guru yang dinilai dibawah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) untuk menyediakan item penilaian mengikut instrumen yang telah dinyatakan.

Taklimat lebih kurang satu jam ini menyentuh aspek-aspek penting dalam penyediaan item dan beberapa tips juga disampaikan untuk mendapatkan purata markah yang baik.

Setiap guru/pensyarah akan diberikan sebuah fail putih untuk memasukkan item-item yang perlu dinilai. Pemilihan item untuk dinilai adalah bergantung kepada guru/pensyarah masing-masing selepas perbincangan dibuat dengan Pegawai Penilai Pertama (PPP).

Untuk maklumat lanjut, sila semak email (guru/pensyarah KV Tawau yang telah memberikan email) atau berhubung terus dengan Encik Yahaya Ismail. 

Baca seterusnya »

APC Kali Yang Ke-3 Buat Cikgu Darawati

Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy (kanan) menyampaikan Sijil APC kepada Cikgu Darawati Pataruddin (kiri) di Bilik Tetamu Pentadbir, Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George

Cikgu Darawati Binti Pataruddin telah berkhidmat dengan cemerlang sepanjang berkhidmat di Kolej Vokasional Tawau sejak 2002 menerima penghargaan daripada Pengarah, Encik Rangiah apabila menyampaikan sendiri sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang disini, semalam.

Cikgu Darawati tidak dapat menyertai Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna Yayasan Sarawak pada 28 April 2015 yang lalu kerana masalah kesihatan yang diakibatkan oleh soft tissue injury dan dinasihatkan untuk berehat oleh doktor.

Cikgu Darawati yang kini memegang jawatan Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran (JPP) dan mantan Ketua Jabatan Sains dan Matematik merupakan penerima APC bagi tahun 2004, 2008 dan 2014.

Para penerima APC menerima Sijil Penghargaan APC dan Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN bernilai RM1000 bermula tahun lepas.



Baca seterusnya »

UNSUNG HEROES of SAGA 2015


 Muhamad Arif dan Nur Farhan, masing-masing berjaya menjelmakan pingat untuk pasukan | Foto oleh Carlos George

Seperti yang kita sudah maklum, SAGA atau Sabah Games 2015 sudah pun melabuhkan tirainya pada 6 Jun 2015 namun pencapaian dan penglibatan atlit dari Kolej Vokasional Tawau belum mendapat perhatian.

Beberapa atlit dari Kolej Vokasional Tawau berjaya meraih pingat dalam membantu Kontinjen Perbandaran Tawau berada pada kedudukan ke-3 keseluruhan dalam temasya kali ini.


Berikut ialah antara atlit yang telah dikenalpasti terlibat dalam temasya SAGA 2015:

Nama Pelajar
Program
Acara
Pencapaian
Muhammad Arif B Muhamad
MTA (1Dip)
Ragbi
Perak (Kapten)
Nur Farhan Idzuan B Abdullah
MTK (2PraDip)
Takraw Berpasukan
Gangsa
Nafiz B Kenney
MTK (1PraDip)
Silat Kelas A
-
Mohammed Yassin B Sabri
MTK (1PraDip)
Memanah
-
Huswatun Hasanah Bt Husin
HSK (2PraDip)
Bola Sepak (P)
-
Nor Asmielya Bt Musmuliadi
HSK (2PraDip)
Bola Sepak (P)
-
Muhammad Agus Jaya B Hapid
MTK (1PraDip)
Hoki (L)
-
Nurhani Yunus
MPI (1PraDip)
Hoki (P)
Perak
Nur Hasmirah Bt Hamid
ENK (2PraDip)
Taekwondo
Perak
Shyliha Bt Bakar
HSK (2PraDip)
Takraw (P)
Gangsa
Izzat Mubarak B Adris
MTK (2PraDip)
Tinju
Gangsa

Turut terlibat tetapi mewakili Daerah Kunak ialah Nazrulnizam B Magbanua yang berjaya merangkul pingat Emas dalam Acara Taekwondo Kategori Fin Weight Lelaki | Tidak melebihi 54 kg.




Baca seterusnya »

Perpindahan Guru: Cikgu Suhaiza ke Jitra, Kedah

Cikgu Suhaiza Undan semasa memberikan ucapan perpisahan sempena Jamuan Perpisahan yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Umum | Foto oleh Carlos George

Cikgu Suhaiza Binti Undan mula bertugas di Kolej Vokasional Tawau pada 16 Januari 2007 dan setelah mencuba beberapa kali sebelum ini, akhirnya permohonan pindah telah berjaya. Sama seperti kes guru yang lain, permohonan pindah ini adalah untuk bersama dengan suami dan keluarga yang tercinta.

Oleh kerana, Kolej Vokasional Tawau merupakan sekolah posting yang pertama, semestinya banyak perkara yang pasti sukar dilupakan dan akan sentiasa menjadi kenangan bagi diri Cikgu Suhaiza. Dan, ianya terserlah semasa menyampaikan ucapan terakhir dalam Majlis Jamuan Perpisahan anjuran Jabatan Pendidikan Umum di Restoran Perdana, Kolej Vokasional Tawau.

Selama berada di Kolej Vokasional Tawau, Cikgu Suhaiza mengajar matapelajaran Fizik, Applied Sains, Sains dan turut terlibat dalam Jabatan Pentaksiran dan Penilaian (JPP).

Cikgu Suhaiza akan bertugas di tempat sendiri di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra, Kedah yang sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu.

Gambar kenangan semasa Jamuan Perpisahan Cikgu Suhaiza (sila klik untuk pembesaran) | Foto oleh Carlos George
Penghargaan daripada Pihak Pentadbir yang disampaikan oleh Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy
Penghargaan daripada KKRKVT yang disampaikan oleh Timbalan Pengerusi, Mohd Jamry Latief
Penghargaan daripada Jabatan Penilaian dan Pentaksiran yang disampaikan oleh Ketua Jabatan, Darawati Pataruddin
Penghargaan daripada Jabatan Pendidikan Umum yang disampaikan oleh Ketua Jabatan, Ishak Japar

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Suhaiza yang berjaya mencapai misi untuk berpindah demi keluarga, semoga dipermudahkan segala urusan dan lebih cemerlang ditempat baru.



Baca seterusnya »

Program Ihya Ramadhan 2015M / 1436H

Penceramah jemputan untuk Ceramah Ambang Ramadhan, Ustaz Mohd Mukmin (tengah) bersama Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy (kanan) dan Ustaz Mohd Kamarul (kiri) | Foto oleh Carlos George

Program Ihya Ramadhan Peringkat Kolej Vokasional Tawau berlangsung pada hari ini, sejurus selepas Majlis Sambutan Hari Guru di Dewan Tun Ahmad Shah. Program ini bermula lebih kurang jam 11:40 pagi.

Penceramah jemputan ialah Ustaz Mohd Mukmin bin Amin Jaafar, Guru Besar Sekolah Rendah Islam Al-Fateh, Tawau. (Maklumat tentang sekolah ini boleh dirujuk di https://www.facebook.com/pages/Sekolah-Rendah-Islam-Al-Fateh/628122330543794 dan http://srialfateh.blogspot.com/)

Program Ihya Ramadahan ialah program tahunan anjuran Jawatankuasa Penghayatan Islam dan Nilai-nilai Murni dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam. Program ini akan berlangsung selama sebulan meliputi Ceramah Ambang Ramadhan, Persembahan Pelajar, Kuiz dan Penyampaian Hadiah.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN | Cikgu Talip Maming (dua dari kanan) menyampaikan cenderakenangan kepada penceramah | Foto oleh Naizuwan


Baca seterusnya »

Majlis Sambutan Hari Guru 2015

Banner sambutan Hari Guru Peringkat Kolej Vokasional Tawau 2015

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kolej Vokasional Tawau 2015 berlangsung dengan meriah pada 15 Jun 2015 bertempat di Dewan Tun Ahmad Shah. 

Acara bermula lebih kurang jam 7.30 pagi dengan acara senamrobik dan acara sukaneka antara guru dan pelajar. Antara acara sukaneka yang dipertandingkan ialah Bola Jaring Lelaki Guru vs Pelajar, Tarik Tali Perempuan Guru vs Pelajar, Makan Epal Lelaki Guru vs Pelajar dan Anyam Ketupat Perempuan Guru vs Pelajar.


Antara aksi mencuit hati semasa pertandingan bola jaring lelaki | Foto oleh Carlos George
Cikgu Hairuddin cuba menghalang pemain tengah pasukan pelajar dari membuat hantaran | Foto oleh Naizuwan
Antara aksi yang dirakam semasa pertandingan tarik tali antara pensyarah/guru dan pelajar | Foto oleh Naizuwan
Gambar kenangan para pensyarah perempuan yang menikmati pertandingan bola jaring lelaki | Foto oleh Carlos George
Pertandingan Anyam Ketupat
Para pensyarah dalam Kumpulan 4 cuba untuk menyaingi kumpulan lain untuk menganyam ketupat sebanyak mungkin dalam masa 10 minit | foto oleh Carlos George
Para pensyarah Bengkel Elektrik mewakili kumpulan masing-masing memulakan pertandingan makan buah epal. Dari kiri: Encik Mohammad Yamalang, Encik Ahmad Zulfadhli dan Encik Idham Husin | Foto oleh Carlos George
Memang susah makan buah epal tanpa menggunakan tangan... | Foto oleh Carlos George
Trio yang tewas walaupun bersemangat hingga ke buah epal yang terakhir... | foto oleh Carlos George

Selepas acara sukaneka, majlis diteruskan didalam Dewan Tun Ahmad Shah. Selepas nyanyian lagu dan bacaan doa, majlis diteruskan dengan persembahan pembukaan majlis iaitu persembahan nyanyian duet pelajar iaitu Abigail dan Johnstone yang menyampaikan Lagu Terima Kasih Cikgu oleh Najwa Latif.


Persembahan pembukaan daripada Abigail bersama Johnstone (tiada dalam gambar) | Foto oleh Carlos George
Wakil pelajar Mohd Shahniezam (kiri), TPA, Encik Azman (tengah) dan Pengarah, Encik Rangiah (kanan)

Selepas itu, wakil pelajar, Mohd Shahniezam Bin Sabransah menyampaikan ucapan alu-aluan dan diteruskan dengan bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Bin Mansor.

Kemudian, Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy menyampaikan ucapan perasmian yang antara lain menekankan tantang tema Hari Guru pada tahun ini iaitu Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.

"Kepentingan Modul Insaniah dalam program diploma adalah untuk membentuk akhlak dikalangan pelajar. Akhlak yang baik sangat penting dan kita boleh ambil contoh kes buli di sebuah kolej vokasional di Pahang yang berlaku baru-baru ini."

Selain daripada itu, beliau turut menekankan tentang kepentingan Bahasa Inggeris seperti yang telah dinyatakan dalam enam aspirasi murid PPPM 2013-2025 iaitu kemahiran dwibahasa. Ini akan memberikan kelebihan kepada para pelajar apabila bersaing dalam mencari pekerjaan kelak.

"Para pelajar perlu mengambil peluang ini kerana dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), kerajaan akan menumpukan kepada peningkatan dalam aliran vokasional".

"Saya sudah berada di kolej ini selama 7 bulan dan saya sudah dapat melihat sedikit perubahan sikap pada pelajar Semester 1", tambahnya lagi.

Selepas ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan acara pemotongan kek, persembahan sketsa dari pelajar dan diikuti dengan Penyampaian Anugerah Undian Pelajar dan Penyampaian Hadiah Sukaneka.


Acara Pemotongan Kek oleh barisan pentadbir Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George
Para pelajar yang menjayakan persembahan sketsa bertemakan hari guru


Anugerah Undian Pelajar sempena Hari Guru adalah anugerah yang diberikan oleh pelajar kepada guru-guru melalui undian yang dilakukan sebulan yang lalu. Terdapat 7 anugerah dan satu anugerah khas yang diberikan pada tahun ini iaitu Anugerah Guru Paling Berpenampilan Menarik (dimenangi oleh Ustaz Mohd Jamry Latief), Anugerah Guru Paling Comel (Dimenangi oleh Cikgu Siti Aisyah Ong), Anugerah Guru Paling Sporting (Dimenangi oleh Cikgu Lawrensia Allvianus), Anugerah Guru Paling Kreatif (Dimenangi oleh Cikgu Dewi Noraini Abd. Wahab), Anugerah Guru Paling Tegas (Demenangi oleh Cikgu Ishak Japar), Anugerah Guru Paling Lucu (Dimenangi oleh Cikgu Jumarni Shamsuddin), Anugerah Guru Paling Popular/Undian Terbanyak (Cikgu Arif Rahima) dan Anugerah Guru Khas (Dianugerahkan kepada Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy). 


Encik Ishak Japar menerima Anugerah Guru Paling Tegas hasil undian pelajar | Foto oleh Carlos George


Pengarah, Encik Rangiah menerima Anugerah Guru Khas daripada TPA, Encik Azman | Foto oleh Carlos George
 Pertandingan Makan Buah Epal

Pertandingan Tarik Tali

Pertandingan Bola Jaring 

 Pertandingan Anyam Ketupat


Majlis Sambutan Hari Guru dalam Dewan Tun Ahmad Shah diakhiri dengan bacaan ikrar dan nyanyian Lagu Hari Guru Malaysia (Download atau dengar Lagu Tema Hari Guru di http://www.moe.gov.my/v/lagu-tema-hari-guru).

Barisan pentadbir mengetuai bacaan ikrar Hari Guru
BERSEMANGAT | Dari kiri: TPA, Pengarah dan TPSA semasa menyanyikan lagu tema Hari Guru... | Foto oleh Carlos George
Kegembiraan terpancar diwajah guru-guru/pensyarah yang diraikan dalam majlis ini | Foto oleh Carlos George

Majlis berakhir lebih kurang jam 11.30 pagi untuk memberikan laluan kepada Program Ihya Ramadhan.

Gambar lain yang diambil semasa program ini berlangsung boleh dirujuk di: 
Facebook Cikgu Naizuwan: https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.718621994914185&type=1


Baca seterusnya »