Browse »
Home
» Archives for
March 2016
 |
| Simbolik pelepasan pasukan Bolasepak yang disempurnakan oleh Pengarah, Encik Rangiah kepada ketua pasukan, Nik Zulhilmi dan Pengurus Pasukan, Cikgu Suhaibol Awang Besar sambil diiringi oleh TPSA, Encik Doimeh Dolinting | Foto oleh Carlos George |
Kontinjen VOKTEK tuan rumah diraikan dalam satu Majlis Pelepasan Kontinjen semasa Majlis Perhimpunan Mingguan pada minggu ini, 28 Mac 2016. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy.
 |
| Ucapan pelepasan kontinjen daripada Pengarah, Encik Rangiah | Foto oleh Carlos George |
Dalam ucapan pengarah, Encik Rangiah berterima kasih kepada semua pelajar dan guru/pensyarah yang telah bertungkus lumus berlatih dan melatih sebagai persediaan untuk mengharungi karnival sukan VOKTEK kali ini.
Beliau turut meminta semua pelajar yang tidak terlibat secara langsung dalam pertandingan ini untuk sama-sama memeriahkan karnival sukan berkenaan dan turun padang untuk memberikan sokongan kepada pasukan kolej.
 |
| Penyerahan tanggungjawab kepada Ketua Kontinjen, TPSA, Encik Doimeh Dolinting (kiri) | Foto oleh Carlos George |
Baca seterusnya »
 |
| Gambar kenangan para peserta bersama instruktor sempena Bengkel Asas Teknikal dan Kepengadilan Bola Jaring 2016 di Dewan Tun Ahmadshah, Kolej Vokasional Tawau | Foto ikhsan Darawati Pataruddin |
Bengkel Asas Teknikal dan Kepengadilan Bola Jaring 2016 anjuran Kolej Vokasional Tawau dengan kerjasama SABANA, telah berlangsung pada 19 - 20 Mac 2016 yang lalu.
Bengkel yang merangkumi pendedahan asas teori dan praktikal berkenaan adalah antara langkah persediaan tuan rumah untuk menghadapi Karnival Sukan Antara Kolej Vokasional Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang akan berlangsung pada 30 Mac - 03 April nanti.
Instruktor yang telah dijemput untuk mengendalikan bengkel berkenaan ialah Puan Israh Ariffin, yang merupakan Timbalan Pengerusi II, Persatuan Bola Jaring Sabah (Sabah Netball Association - SABANA).
 |
| Sesi ceramah yang berlangsung di Bilik Mesyuarat BMG1, Kolej Vokasional Tawau | Foto ikhsan Darawati Pataruddin |
Selain Daerah Tawau, bengkel ini turut disertai oleh peserta dari Daerah Kudat, Lahad Datu dan Semporna.
SABANA boleh dihubungi melalui laman facebook: https://www.facebook.com/sabah.netball
Baca seterusnya »
 |
| Antara 40 pelajar yang telah menyertai Perkhemahan Pengakap Peringkat Antarabangsa JAMNUS 2016 di Kompleks Sukan Tawau | Foto oleh Carlos George |
Tahniah diucapkan kepada 40 orang pelajar yang telah mengikuti Perkhemahan Pengakap Peringkat Antarabangsa yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Tawau dari 12 hingga 16 Mac 2016.
Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Kamarul Bahri Isla dan Skip Abdul Kahar Abdul Rahim yang mengiringi kumpulan ini sepanjang perkhemahan.
JAMNUS atau Jamboree Nusantara 2016 ini telah disertai oleh lebih kurang 2200 orang peserta yang terdiri dari badan beruniform sekolah-sekolah di Sabah, PRAMUKA Sabah dan Gerakan PRAMUKA Kwartir Cabang Nunukan.
Maklumat lain:
Majlis Perasmian Jamboree Nusantara Antarabangsa Tawau 2016
Majlis Penutupan Jamboree Nusantara Antarabangsa Tawau 2016
Baca seterusnya »
 |
| Gambar kenangan atlit olahraga bersama Pengurus Pasukan, Cikgu Shaharuddin Aziz (berdiri - empat dari kiri) di Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau | Foto oleh Carlos George |
Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Tawau Kali Ke-49 yang telah berlangsung pada 7 - 11 Mac 2016 menyaksikan pasukan olahraga Kolej Vokasional Tawau seramai 14 orang mengutip 1 emas, 1 perak dan 4 gangsa.
Walaupun gagal menyaingi pencapaian cemerlang tahun lepas, pencapaian ini dianggap pencapaian yang melegakan disebabkan faktor persediaan yang kurang teratur.
Tahniah kepada mereka yang berjaya meraih pingat, iaitu:
Nurhani Yunus (Emas: 1500m Perempuan, Gangsa: 3000m Perempuan)
Sheryl Mable Mata (Perak: HEPTA Perempuan)
Mohd Murshid (Gangsa: OCTA Lelaki)
Mohd Yazid (Gangsa: 5000m Lelaki)
Nurul Nazirah, Sheryl Mable, Syarifah Nurul Syamirah dan Nurhani (Gangsa: 4x400m)
Majlis penghargaan kepada atlit yang berjaya meraih pingat telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA) Encik Azman Haji Mansor dalam Majlis Perhimpunan Mingguan pada 21 Mac 2016.
 |
| Sheryl Mable Mata (dua dari kanan) menerima pingat perak dan sijil untuk acara HEPTA Perempuan yang disampaikan oleh TPA, Encik Azman Bin Haji Mansor (dua dari kiri) | Foto oleh Carlos George |
 |
| Mohd Yazid menerima pingat gangsa dan sijil untuk acara 3000m Lelaki | Foto oleh Carlos George |
Baca seterusnya »
 |
| Hussin Hashim |
Setelah menunggu lebih setahun untuk pengganti juruteknik JA29, akhirnya Encik Hussin Bin Hashim tiba di Kolej Vokasional Tawau.
Beliau yang dilahirkan pada tahun 1964, berasal dari Kampung Pasir Putih, Tawau.
Beliau pernah bertugas di Labuan selama 19 tahun dan sebelum berpindah ke kolej ini, beliau bertugas di Kem Perdana Sungai Besi.
Beliau telah berkhidmat selama hampir 30 tahun sejak 17 Jun 1986 dibawah Kementerian Pertahanan Malaysia.
Menyentuh tentang pendidikan, beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan kepujian (Pemasaran) dari UITM.
Baca seterusnya »
 |
| Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Haji Mansor (berdiri-tengah) menyerahkan watikah perlantikan jawatankuasa kepada Penyelaras EKSA Kolej Vokasional Tawau, Cikgu Kusmawatie Dahan (berdiri-kanan) sambil diiringi oleh Katua Jaminan Kualiti (KJK), Encik Yahaya Ismail (berdiri-kiri). | Foto oleh Carlos George |
Selaras dengan visi pengarah dan lawatan penandarasan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau di Tingkat 5, Wisma Persekutuan Tawau pada Oktober 2015, Jawatankuasa EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor AWAM), Kolej Vokasional Tawau melancarkan Pelaksanaan EKSA bagi peringkat KV Tawau, semasa Majlis Perhimpunan Mingguan, 7 Mac 2016.
 |
| Gimik perasmian Pelancaran EKSA Peringkat Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George |
Majlis perasmian Pelaksanaan EKSA berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Haji Mansor, sambil diiringi oleh Ketua Jaminan Kualiti, Encik Yahaya Ismail.
 |
| Gambar kenangan Pelancaran EKSA. Dari kiri: KJK, Encik Yahaya Ismail, TPSA, Encik Doimeh Dolinting dan TPA, Encik Azman Haji Mansor | Foto oleh Carlos George |
Baca seterusnya »
 |
| Encik Sharin Abdul Rahim, pegawai dari Unit Psikologi, Pusat Satelit ISN Tawau yang sempat ditemubual | Foto oleh Carlos George |
Dengan misi untuk menjadi juara keseluruhan dalam Karvival Sukan Antara Kolej Vokasional Zon Sabah dan W/P Labuan, Kolej Vokasional Tawau mengukuhkan kerjasama dengan Pusat Satelit ISN Tawau dalam Program Latihan Intensif VOKTEK 2016 yang bermula sejak 1 Mac 2016 dan dijangka berakhir pada 30 Mac 2016.
 |
| Kelas Psikologi oleh Encik Sharin bersama Pasukan Bola Tampar dan Pasukan Bola Jaring VOKTEK 2016 di Bilik Stor Sukan, Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Arif Rahima |
Antara yang diberikan penekanan dibawah program ini ialah peningkatan tahap kecergasan, cara pemakanan dan psikologi yang dikendalikan oleh para pegawai bertauliah dari Pusat Satelit ISN Tawau.
Menurut Encik Sharin, pihak ISN Tawau terbuka kepada sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat berkaitan sukan dari segi kecergasan, pemulihan, pemakanan dan psikologi. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada mereka yang berpejabat di Kompleks Sukan Tawau.
Baca seterusnya »
 |
| Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran, Cik Darawati Pataruddin (duduk) menyemak syarat kelayakan bersama pelajar yang disenaraikan dalam program ini | Foto oleh Carlos George |
Program WE CARE 2016 kali ini menampilkan seramai 45 pelajar dari Program DVM dan 35 pelajar dari Program SVM Tahun 2 dalam dua sesi berasingan, pagi dan petang.
Kehadiran ibubapa agak mengecewakan dengan hanya kira-kira 30% yang hadir.
Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pihak pentadbir oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Haji Mansor yang mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh ibubapa yang hadir dan turut meredakan kerisauan para ibubapa mengenai isu berkaitan hala tuju pelajar selepas tamat pengajian diploma kolej vokasional.
 |
| TPA, Encik Azman Haji Mansor semasa memberikan ucapan alu-aluan kepada pelajar dan ibubapa | Foto oleh Carlos George |
Menurut Azman, dengan merujuk kepada sasaran produk Kolej Vokasional, 70% daripada pelajar ini akan memenuhi permintaan pasaran industri manakala baki 20% dijangka akan menjadi usahawan dan 10% lagi akan melanjutkan pelajaran.
"Dua buah universiti IPTA iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah bersedia untuk menerima pelajar daripada Kolej Vokasional Tawau melalui Sistem Penilaian APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) oleh pihak MQA".
"Oleh itu, mentaliti para ibubapa perlu berubah dan memahami sistem APEL ini untuk memudahkan urusan anak-anak melanjutkan pelajaran ke universiti yang berkenaan".
 |
| Hanya 17 orang wakil ibubapa dan penjaga pelajar yang hadir daripada 45 orang pelajar dalam sesi pertama program kali ini | Foto oleh Carlos George |
Selepas ucapan pentadbir, Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran, Cik Darawati Pataruddin diberikan laluan untuk memberikan taklimat mengenai kelayakan pelajar dan permasalahan yang perlu ditangani supaya kumpulan pelajar ini boleh menamatkan pengajian dengan memenuhi semua syarat kelayakan.
 |
| Encik Bacho Chole, antara wakil ibubapa yang mengemukakan soalan dan pandangan semasa sesi dialog antara pihak Kolej dan ibubapa | Foto oleh Carlos George |
 |
| Sesi perbincangan enam mata antara tiga pihak: pelajar, ibubapa dan kolej dalam mengesan kelemahan dan cara menangani masalah berkenaan | Foto oleh Carlos George |
 |
| Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Encik Doimeh Dolinting turut sama menjayakan sesi ke-dua, iaitu Program WE CARE untuk pelajar 2SVM di sebelah petang. | Foto oleh Carlos George |
Program tamat lebih kurang jam 3.40 petang.
Baca seterusnya »
 |
| Penyerahan Wang Bantuan RM100 oleh YDP PIBG, Encik Abdul Samat (dua dari kiri) kepada ibubapa yang hadir dalam majlis berkenaan. Turut mengiringi YDP, TPSA, Encik Doimeh Dolinting (kiri). | Foto oleh Puan Dayang |
Penyerahan Wang Bantuan RM100 kepada pelajar 2SVM, Kolej Vokasional Tawau telah disempurnakan oleh YDP PIBG, Encik Abdul Samat Bin Akui pada 02 Mac 2016, di Dewan Tun Ahmad Shah.
Bantuan RM100 ini telah menjalani proses penapisan, dimana hanya pelajar yang berpendapatan isirumah RM3000 sahaja yang layak menerima bantuan.
 |
| Antara pelajar yang hadir semasa sesi penyerahan wang bantuan | Foto oleh Puan Dayang |
Pada tahun ini, seramai 141 pelajar telah menerima bantuan berkenaan.
Baca seterusnya »
 |
| Pasukan Bola Jaring bersama pingat yang dimenangi bersama Cikgu Adline (kacamata hitam) | Foto ikhsan Darawati Pataruddin |
Pasukan Bola Jaring VOKTEK 2016 menyertai Larian Jubli Perak Sempena Sambutan Jubli Perak UMNO Sabah Peringkat UMNO Bahagian P. 191 Kalabakan yang telah berlangsung pada 28 Februari 2016, di Perkarangan Bangunan UMNO Kalabakan, Tawau.
Keputusannya, lima pelajar berjaya meraih pingat untuk tempat ke-5 hingga ke-10 dalam Kategori Junior B Perempuan.
Tahniah kepada semua peserta terutamanya Cikgu Adline Edwina Joseph yang mengiringi pasukan ini.
 |
| Gambar kenangan |
Baca seterusnya »
 |
| Majlis penyampaian sijil oleh TPA, Encik Azman Haji Mansor (kanan) kepada Cikgu Mohd Fadzilah Husin (kiri) | Foto oleh Carlos George |
30 peserta MYSILAT MYFEST 2015 yang telah berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 29 Ogos 2015, menerima sijil penghargaan masing-masing dalam satu majlis penyampaian sijil yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Haji Mansor, pada 29 Februari 2016, semasa Majlis Perhimpunan Mingguan.
Dalam program berkenaan, Persekutuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia berjaya mencatatkan rekod dunia sebagai sesi pengajaran silat terbesar dengan 12,393 peserta (http://www.guinnessworldrecords.com/world-records/388281-largest-silat-lesson).
Tahniah kepada semua pelajar bersama guru pengiring, Cikgu Mohd Fadzilah Husin, Cikgu Anif Hamzah, Cikgu Arif Rahima dan Cikgu Aslinah Abdul Majid.
 |
| Gambar kenangan guru dan pelajar yang menyertai MYSILAT MYFEST 2015 | Foto oleh Carlos George |
Baca seterusnya »